Apa Maksud Bukber? Kenapa Tiba-Tiba Banyak Digunakan Bulan Puasa Ini

By aiman

Published On:

Follow Us
apa maksud bukber

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba bulan Puasa 2025 kali ini, banyak nitizen guna perkataan ‘Bukber’. Apa maksud Bukber ni? Kenapa tiba-tiba ramai yang menggunakan ‘perkataan’ ini?

Isi Kandungan

Bukber adalah singkatan daripada 2 perkataan iaitu Buka Puasa dan Bersama. Maka diringkas jadilah “buka bersama”, pada asalnya istilah ini sangat popular di Indonesia, tetapi sudah berjangkit dan kini makin digunakan di Malaysia. K

Jadi Bukber ini merujuk kepada aktiviti berbuka puasa secara beramai-ramai, sama ada bersama keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja, atau komuniti tertentu. Biasa kalau tengok orang update ketika sebelum berbuka puasa atau selepasnya.

Trend bukber ni makin popular sebab pengaruh media sosial. Setiap kali Ramadan, pasti ada hantaran gambar dan video bukber dengan caption seperti #Bukber2025 atau #BukaPuasaBersama.

apa maksud bukber ialah buka bersama

Aktiviti bukber ni bukan sekadar makan bersama, tapi lebih kepada peluang untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan. Biasanya, ramai akan merancang sesi bukber di restoran, hotel, atau masjid.

Tapi, ada juga cabaran dalam bukber ni. Kadang-kadang, restoran penuh, jalan sesak, dan ada yang terlalu sibuk dengan majlis sampai terlepas solat Maghrib. Selain itu, pembaziran makanan juga menjadi isu setiap tahun.

Apa pun, bukber tetap menjadi satu budaya menarik dalam bulan Ramadan. Asalkan dibuat dengan niat yang baik dan sederhana, ia boleh jadi satu pengalaman yang bermakna. Jadi, dah tahu la kan maksud bukber? dan dah ada plan bukber ke tahun ni?

Gambar : Perbadanan Putrajaya

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment