PMX Umum Bantuan SARA RM100 Setiap Seorang. Bantuan SARA Ni Apa? Ini Jawapannya

By aiman

Published On:

Follow Us
bantuan sara rm100 one off

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan beberapa berita baik termasuk bantuan SARA berjumlah RM100 secara one-off kepada setiap rakyat berumur 18 tahun dan keatas.

Daripada pengumuman inilah, rakyat tertanya-tanya apakah bantuan SARA ini? Macam mana nak dapatkan RM100 tersebut? Adakah bantuan tersebut disalurkan dalam bentuk ‘cash’ seperti STR atau macam mana?

Dalam masa yang sama, PMX juga telah mengumumkan beberapa berita gembira lain selain SARA ketika pengumuman tersebut dibuat antaranya penurunan harga RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 selitar.

Bukan itu sahaja, kadar gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2025. Cuti tambahan juga turut diumumkan iaitu pada 15 September sempena Hari Malaysia 2025.

Jadi dalam banyak-banyak pengumuman ini, rakyat pastinya lebih tertumpu kepada bantuan SARA RM100 secara one-off tersebut. Tetapi masih yang tidak faham bagaimana ianya disalurkan nanti.

sara untuk semua dari pmx

Apa Itu Bantuan SARA?

SARA atau nama penuhnya adalah Sumbangan Asas Rahmah yang merupakan bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 4,100 kedai terpilih di seluruh negara.

Inisiatif ini merupakan dibawah program Payung Rahmah oleh kerajaan Malaysia menerusi sistem MyKasih sejak tahun 2024 bagi bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin di Malaysia.

BACA JUGA : Apa Beza MyKasih Dan SARA

Jadi pada awalnya, bantuan ini hanya kepada golongan tertentu sahaja, tetapi menerusi pengumuman yang dibuat pada Julai yang lalu, setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas layak menerima bantuan SARA ini.

Bagaimana Dan Bila Bantuan SARA RM100 Ini Disalurkan?

Baru-baru ini telah tersebar katanya, SARA akan diberikan menerusi Touch n’ Go eWallet. Jadi orang ramai perlu mengaktifkan menerusi aplikasi tersebut bagi menebus RM100 seperti yang diumumkan.

Ternyata informasi tersebut tidak benar seperti yang dikongsikan oleh portal Kerajaan seperti Kementerian Kewangan. Ini kerana nilai RM100 tersebut diberikan secara kredit terus melalui MyKad penerima dan bukan secara cash. Jadi tak perlu buat apa-apa penebusan.

Erti kata lain, anda hanya perlu tunjuk MyKad sahaja untuk membeli barangan di kedai yang ditetapkan dibawah SARA ini. Tidak perlu kepada apa-apa aplikasi tambahan lain. Bawa MyKad anda sahaja untuk beli barang.

Setiap warganegara berumur 18 tahun dan keatas layan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 secara ‘one-off’ pada 31 Ogos 2025. Ianya boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Ini bermakna, kalau dalam keluarga anda ada 4 orang dewasa dalam satu rumah, dah boleh dapat RM400 secara keseluruhan. Jadi anda haruslah berbelanja dengan bijak supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya membeli barangan keperluan.

Kategori Barangan Yang Diluluskan

Kerajaan Malaysia telah menetapkan 14 kategori barangan yang diluluskan dibawah inisiatif SARA ini antara ialah beras, telur, mi segera, minuman, biskut, minyak masak, roti, tepung, keperluan sekolah, ubat-ubatan dan banyak lagi.

Ianya meliputi lebih 90,000 barangan keperluan asas tersedia di seluruh negara.

kategori bantuan sara

Senarai Kedai Yang Menerima Pembelian Barangan Dibawah Bantuan SARA

Setakat ini, seperti yang diumumkan, anda boleh menggunakan kredit SARA ini di lebih 4,100 kedai di seluruh negara. Contohnya seperti di Giant, Mydin, HeroMarket, 99 Speedmart, Lotuss dan banyak lagi. Kedai-kedai kecil pun ada yang tersenarai.

Tapi bukan semua kedai boleh. Jadi anda boleh semak kedai mana yang berhampiran dengan anda yang boleh menggunakan SARA ini di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list. Hanya perlu masukkan info bandar dan negeri sahaja. Nanti akan disenaraikan semuanya.

lokasi beli barang sara

Cara Dan Langkah-Langkah Pembelian Menggunakan SARA

Jadi bermula 31 Ogos depan, anda boleh mula menggunakan SARA ini di kedai-kedai terpilih seperti senarai diatas. Ikuti langkah-langkah mudah untuk mula menggunakannya seperti dibawah :

  1. Pergi kedai terpilih yang menerima bayaran menggunakan SARA
  2. Pilih barangan keperluan berdasarkan kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga
  3. Tunjuk MyKad untuk pengesahan ketika di kaunter pembayaran
  4. Tukar nombor pin sementara kepada yang baru
  5. Imbas kod barangan
  6. Bayar menggunakan MyKad
  7. Simpan resit untuk semakan

Dibawah inisiatif bantuan SARA seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, pembelian boleh dibuat sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2025 dan baki setiap bulan dibawa ke bulan seterusnya.

Jadi tak perlu habiskan terus. Boleh guna dalam tempoh 4 bulan kedepan. Boleh beli sikit-sikit barangan sehingga habis nilai RM100 tersebut. Bantuan ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban kewangan terutamanya bagi mendapatkan barangan asas harian.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

2 thoughts on “PMX Umum Bantuan SARA RM100 Setiap Seorang. Bantuan SARA Ni Apa? Ini Jawapannya”

Comments are closed.