Cara Claim Luggage Delay Daripada Etiqa Secara Online

By aiman

Published On:

Follow Us
cara tuntut kelewatan bagasi

Anda sedang mengalami isu Luggage Delay? Rasa geram sebab bagasi tertinggal bukan sebab anda? Kalau anda ada beli takaful, anda boleh ikuti langkah disini untuk claim atau tuntut pampasan disebabkan isu ini.

Perkara ini mungkin jarang berlaku apabila luggage atau bagasi kita tertinggal dimana staff airport lupa untuk bawa masuk. Tetapi ianya masih berlaku dan mungkin akan terjadi pada diri anda sendiri.

Kita dah siap check-in dan drop luggage, tapi tengok-tengok bila sampai ke destinasi, luggage kita tertinggal di destinasi asal. Maka berlakulah luggage delay. Tapi jangan risau, luggage tersebut akan terbang pada next flight dan anda akan dimaklumkan bila boleh tuntut semula luggage tersebut.

Buat Report Terlebih Dahulu

Sekiranya bagasi anda betul-betul kelawatan atau tertinggal, anda boleh terus report di kaunter yang disediakan di berdekatan tuntutan bagasi (Baggage Claim) sama ada di KLIA 1 atau KLIA 2.

Daripada itu, anda akan peroleh Property Irregularity Report. Daripada report inilah, anda boleh buat tuntutan daripada pihak insurans.

Report Baggage Delay

Syarat Untuk Claim Luggage Delay

Untuk panduan ini, ianya hanya fokus untuk insurans atau takaful di bawah Etiqa sahaja. Jadi kalau anda anda beli TripCare 360 untuk travel khususnya, boleh ikuti panduan ini untuk isu Luggage Delay.

Untuk tuntutan kelewatan bagasi dengan Etiqa TripCare 360 ​​Takaful, kelewatan minimum 6 jam diperlukan untuk membuat pampasan. Jadi sekiranya, bagasi anda tersebut tak sampai dalam tempoh tersebut, anda layak untuk dapat pampasan.

Berapa Pampasan Yang Diperoleh

Compensataion atau pampasan yang diperoleh adalah bergantung kepada pelan yang anda beli seperti dibawah :

DestinasiSilverGoldPlatinum
Ke MalaysiaRM100RM100RM100
Dari MalaysiaRM500RM800RM1000

Secara asasnya, sekiranya luggage anda tertinggal di negara asing ketika anda pulang ke Malaysia, anda boleh tuntut maksimum RM100 sahaja. Sebaliknya, jika luggage anda tertinggal di Malaysia ketika anda pergi luar negara, pampasan adalah RM500, RM800 dan RM1000 mengikut plan insurans yang anda beli.

Cara Claim Luggage Delay Daripada Etiqa

Jadi dalam tempoh tersebut, sebenarnya sekiranya anda ada ambil atau beli insurans atau takaful, anda boleh buat tuntutan Luggage Delay atau Kelewatan Bagasi. Macam mana cara claim tersebut, boleh ikuti langkah dibawah dengan menggunakan aplikasi Etiqa+ sahaja.

BACA JUGA : Cara Claim Baggage Delay Menggunakan Emel

1) Pastikan anda sudah mempunyai akaun Etiqa+ dan login seperti biasa

2) Pada halaman utama, klik Claims > Travel Claim

cara claim luggage delay etiqa

3) Kemudian pilih tarikh kejadian dan klik Continue

4) Klik pada Policy yang terpapar menunjukkan anda anda beli takaful atau insurans pada hari kejadian

5) Klik My Baggage was Delayed

cara claim luggage delay etiqa

6) Disini anda perlu isi segala butiran yang diperlukan seperti :

  • Berapa jumlah bagai kelawatan
  • Destinasi penerbangan
  • No. penerbangan
  • Waktu penerbangan tiba
  • Waktu bagasi tiba

Kemudian masukkan maklumat perbankan online anda. Sama ada menggunakan Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya. Klik Continue

cara claim luggage delay etiqa

7) Akhir sekali, upload 2 dokumen yang diperlukan untuk isu Baggage Delayed iaitu Boarding Pass (Full Flight Itinerary) dan juga borang Property Irregularity Report atau email yang berkaitan. Kemudian klik Continue dan hantar sehingga selesai.

cara claim luggage delay etiqa

Bila Pampasan Akan Diperoleh

Selepas permohonan atau tuntutan Luggage Delayed dibuat, ianya akan mengambil proses dalam 2-3 hari waktu bekerja. Jika berjaya, duit tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda

Panduan dan langkah-langkah ini sebenarnya hampir sama sahaja untuk mana-mana syarikat insurans. Jadi anda boleh buat rujukan juga. Semoga bermanfaat. Untuk info lanjut, boleh pergi pada bahagian www.etiqa.com.my/claims/travel

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Cara Claim Luggage Delay Daripada Etiqa Secara Online”

Comments are closed.