Dividen ASB tahun 2024 kita sudah ketahui iaitu 5.75 sen seunit. Jadi sebelum ketahui nilai sebenarn yang diperoleh, jom kita tengok cara kira dividen ASB yang betul untuk agihan pendapatan dan bonus kali ini.
BACA JUGA : ASNB Telah Mengumumkan Dividen ASB Tahun 2024 Secara Rasmi Pada Disember Lalu
Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) menjadi salah satu cara pelaburan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang melabur dalam ASB kerana pulangannya yang stabil setiap tahun.
Perkongsian ini akan membantu anda memahami konsep pengiraan dividen ASB dengan mudah, termasuk formula asas dan beberapa tips penting untuk memastikan anda tidak terlepas kiraan. Sama ada anda seorang pelabur baharu atau sudah lama melabur dalam ASB, panduan ini sesuai untuk semua.
Jika anda konsisten tambah pelaburan setiap tahun, macam mana pengiraanya? Kalau ada pengeluaran, akan ada kesan atau tidak untuk dividen kali ini? Kalau letak secara lump sum sejak awal tahun, berapa dividen ASB kali ini.
Cara Kira Dividen ASB Untuk Tahun 2024
Berikut merupakan perkongsian cara kira dividen ASB yang diperoleh untuk tahun 2024 bagi agihan pendapatan 5.75 sen seunit. Disertakan dengan situasi yang berbeza serta jumlah dividen yang diperoleh sepanjang tahun tersebut
Situasi 1
Senario : Pelaburan Melalui Auto Labur Setiap Bulan
- Baki minimum pada 1 Januari 2024 adalah 50,000
- Pelabur membuat potongan bulan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100
- Tiada pelaburan tambahan lain yang dibuat sepanjang tahun
Cara Kira Dividen ASB untuk Situasi 1 :
Situasi 2
Senario : Pelaburan Menerusi Pembiayaan ASB atau ASB Loan atau ASBF (ASB Financing)
- Pelabur mempunyai ASBF sebanyak 30,000 pada 1 Januari 2024
- Tiada pengeluaran unit dibuat sepanjang tahun
Cara Kira Dividen ASB untuk Situasi 2 :
Situasi 3
Senario : Pelaburan Dengan Membuat Pengeluaran Setiap Bulan
- Baki minumum pada 1 Januari 2024 adalah 22,000
- Membuat juala balik atau pengeluaran secara online sebanyak RM300 setiap bulan
- Tiada pelaburan tambahan yang dibuat sepanjang tahun
Cara Kira Dividen ASB untuk Situasi 3 :
Situasi 4
Senario : Tiada Baki Dalam Akaun ASB
- Baki minimum pada 1 Januari 2024 adalah 10,000
- Tiada pelaburan tambahan yang dibuat sepanjang tahun
- Pelabur telah mengosongkan akaun ASB dengan membuat jualan balik atau pengeluaran kesemua unit pada bulan Mei
- Baki pelaburan ASB ialah 0 bagi akhir tahun kewangan 2024
Cara Kira Dividen ASB untuk Situasi 4 :
*Bonus hanya untuk akan ASB yang berbaki minimum 1 unit sebelum tarikh pengumuman kadar pengagihan pendapatan (dividen).
Jadi dengan beberapa situasi dan senario diatas, anda boleh kira dividen ASB anda sendiri sebelum diumumkan secara rasmi pada tahun baru nanti. Harap membantu!
Sumber : ASNB