Kalau anda terlepas atau tidak naik bagi penerbangan AirAsia, mungkin anda boleh ikuti tips dan cara untuk refund tiket Air Asia disini. Pengalaman ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Syafaa Sharrafah.
Beliau telah berkongsikan pengalaman sendiri, bagaimana beliau refund duit tiket kapal terbang Air Asia yang beliau tidak sempat naik pun.
Ini kerana masa tempahan tersebut, beliau sahaja memperoleh pekerjaan yang membuatkan terpaksa batalkan trip ke Myanmar tersebut.
BACA JUGA : Cara Isi Nama Dengan Betul Untuk Tiket Fligt Air Asia
Jadi jika anda mungkin terlepas waktu penerbangan atau tidak mempunyai masa untuk bercuti menaiki kapal terbang khususnya daripada Air Asia. Mungkin anda boleh ikuti tips dan cara ini bagi refund duit anda daripada biarkan anda kerugian 100%.
Tips Dan Cara Untuk Refund Tiket AirAsia
Butiran harga tiket bagi penerbangan beliau yang sepatutnya berlaku :
Harga tiket return KL – Yangon – KL = RM185
Harga refund = RM141
Harga rugi = RM44

#1. Buka website AirAsia atau aplikasi mobile
Untuk melakukan refund, anda boleh cuba mohon melalui website Air Asia sendiri di www.airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia Move.

#2. Chat with AVA
- Pilih Refund
 - AirAsia New Refund Request
 - Airport Tax Refund
 - Masukkan booking number flight korang
 - Masukkan reason kenapa korang nak refund. (pastikan reason anda begitu kuat dan barulah akan berjaya)
 


Anda boleh pilih untuk refund dalam bentuk Credit Account Air Asia atau masuk dalam akaun bank terus (Untuk credit Account Air Asia, ianya ada validation date boleh guna sehingga tarikh ditetapkan. Jadi, better masuk duit terus ke akaun bank)
#3. Tunggu Jawapan Daripada AirAsia
Akhirnya, jika sudah selesai, anda hanya perlu tunggu email daripada pihak Air Asia memberitahu tentang permohonan refund tersebut. Dalam masa seminggu, anda boleh tahu keputusan sama ada berjaya atau tidak
Tips : Pastikan anda refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight anda terlepas atau tidak jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah tak boleh request refund.
sumber : facebook Syafaa Syarrafah









