Dividen Tabung Haji telah diumumkan? Jadi berapa agaknya anda akan dapat daripada peratusan yang diumumkan? Bila dividen akan masuk akaun? Dan macam mana nak semak dividen Tabung Haji yang diterima?
Ini lah persoalan biasanya akan timbul sejurus selepas pengumuman dibuat. Jika melibatkan produk patuh syariah ianya akan menggunakan terma agihan keuntungan. Tapi nak senang faham, lebih kurang bermaksud dividen juga la.
Selain dividen ASB yang diumumkan pada hujung tahun setiap tahun, dividen Tabung Haji juga ramai yang menunggu-nunggu untuk diumumkan. Selain tempat untuk menabung bagi urusan ibadah Haji, ianya juga memberi sedikit pulangan kepada pendeposit.
BACA JUGA : Cara Semak Dividen ASB Secara Online
Dividen Tabung Haji Tahun 2025
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan Agihan Keuntungan atau Dividen Tabung Haji 2025 pada 1 Mac 2025 selepas zakat iaitu sebanyak 3.00% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Cara Semak Dividen Tabung Haji Secara Online
Anda boleh semak agihan pendapatan Tabung Haji yang diperoleh dengan 2 cara iaitu secara online dan secara manual :
1) Secara Manual
Untuk secara manual, anda boleh datang kemana-mana cawangan Tabung Haji (TH) yang terdekat dan buat kemaskini buku Tabung Haji anda. Perlu datang ke kaunter untuk berurusan. Selepas kemaskini buku, ianya akan memaparkan jumlah dividen yang diperoleh.
Selain itu, anda juga boleh semak agihan pendapatan yang diperoleh dengan menggunakan mesin ATM. Pastikan terlebih dahulu, anda telah sambungkan akaun Tabung Haji dengan bank anda tersebut sama ada Maybank, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya.
2) Secara Online
Selain daripada kaedah manual, anda juga boleh semak dividen TH yang diperoleh secara online sahaja. Ini bermakna, anda boleh lakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja, tanpa perlu beratur di kaunter.
Sekiranya anda sudah sambungkan akaun Tabung Haji dengan akaun bank anda, anda boleh semak menggunakan Internet Banking seperti Maybank2u, iRakyat, BankIslam.Biz dan sebagainya.
Cara kedua untuk anda semak dividen Tabung Haji secara online adalah dengan menggunakan portal THiJARI di www.thijari.com.my atau menggunakan aplikasi THiJARI mobile iaitu dengan cara :
- Buka aplikasi THiJARI dan login seperti biasa
- Pada halaman utama, klik butang Menu dan pilih Ringkasan Akaun
- Klik pada Nama Akaun Anda
- Pada ‘Jenis Transaksi’, pilih Semua Transaksi. Untuk ‘Tempoh’, pilih 30 hari terakhir dan klik Cari Transaksi
- Kemudian akan dipaparkan secara transaksi yang berlaku dalam tempoh tersebut
Jika duit dividen sudah dimasukkan, ianya akan dipaparkan atas nama ‘Agihan Keuntungan’ yang juga bermaksud dividen yang anda peroleh untuk tahun tersebut.
Semoga bermanfaat…
Untuk info lanjut, berkaitan Tabung Haji, anda boleh layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/