Cara Semak Dividen Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

By aiman

Updated On:

Follow Us
cara semak dividen tabung haji online thijari

Setiap tahun, pendeposit Tabung Haji pasti menantikan pengumuman dividen sebagai pulangan simpanan mereka. Ramai yang nak tahu cara semak dividen Tabung Haji dengan pantas tanpa perlu ke kaunter. Dengan perkembangan teknologi, proses ini kini lebih mudah kerana boleh dilakukan secara online sahaja.

Untuk semak dividen Tabung Haji, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan, termasuk melalui perbankan internet, aplikasi THiJARI, menerusi mesin ATM bank terpilih serta di kaunter Tabung Haji sendiri.

Setiap kaedah ini membolehkan pendeposit mendapatkan maklumat agihan keuntungan a.k.a dividen mereka dalam beberapa langkah sahaja. Penting untuk memastikan akaun dalam keadaan aktif dan nombor telefon berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa login.

Cara Semak Dividen Tabung Haji Secara Online

Jom kita tengok 2 kaedah untuk anda semak dividen Tabung Haji secara online iaitu menerusi perbankan internet Maybank (Maybank2u atau MAE) dan juga menggunakan aplikasi THijARI.

1) Semak Dividen Tabung Haji Guna MAE by Maybank

Untuk menggunakan kaedah ini, anda perlu link akaun Maybank dengan Tabung Haji terlebih dahulu. Boleh tengok SINI caranya. Kemudian ikuti langkah dibawah :

  1. Buka aplikasi MAE dan login seperti biasa
  2. Pilih tab Accounts
  3. Kemudian pergi bahagian Wealth dan klik pada Tabung Haji
  4. Klik akaun TH yang tertulis nama anda
  5. Akan dipaparkan segala transaksi yang telah dilakukan termasuk bayaran dividen Tabung Haji dengan tajuk ‘AGIHAN KEUNTUNGAN’
  6. Itulah agihan keuntungan yang anda peroleh

2) Semak Dividen Tabung Haji Guna THiJARI

Kalau anda dah sudah daftar akaun THiJARI, anda boleh semak agihan keuntungan yang diperoleh dengan mengikut langkah dibawah :

1. Login akaun THiJARI anda menggunakan ID Pengguna dan Password

2. Klik pada butang Menu pada hujung kiri atas dan pilih Ringkasan Akaun

3. Klik pada akaun TH anda yang terpapar nama dan no. akaun anda

4. Pada Sejarah Transaksi > Jenis Transaksi (Semua) > Tempoh (30 Hari Terakhir)

5. Akan dipaparkan jumlah dividen yang diperolah bagi perkara ‘AGIHAN KEUNTUNGAN’

Jadi dah tahu berapa dividen Tabung Haji and peroleh pada tahun ini? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda bagi memudahkan cara selain perlu pergi ke cawangan Tabung Haji.

Sumber : kongsilah.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment