Anda akan menghadiri temuduga buat kali pertama, tapi tak tahu nak susun sijil dan resume dalam folder. Anda boleh ikuti perkongsian daripada cikgu Alvin iaitu cara susun sijil beserta resume dengan betul sebelum mengadiri sesi temuduga.
Tip ini penting kepada mereka yang buat pertama kali menghadapi temuduga. Resume beserta folder sijil kita antara perkara yang disemak oleh bakal majikan atau penemuduga kita semasa sesi interview berjalan. Cara susun sijil tu penting.
BACA JUGA : Tips Dan Persediaan Menghadapi Temuduga
Jadi anda perlu siapkan folder atau file anda dengan kemas, baik dan mudah dibaca oleh panel penemuduga anda. Kita mudahkan orang lain, mungkin penemuduga akan mudahkan urusan kita juga.
Cikgu Alvin Wong ada kongsikan pengalaman beliau di laman facebook cara menyusun folder resume dan sijil dengan betul sebelum menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Kaedah ini juga boleh digunakan untuk temuduga Kerajaan SPA atau temuduga di syarikat swasta.
Tip ini juga boleh digunapakai untuk menghadiri apa-apa sahaja temuduga pelbagai jawatan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.
Cara Susun Sijil Dan Resume Dalam Folder Dengan Betul
Jika anda akan menghadiri temuduga tidak lama lagi, anda boleh aplikasikan tip dan keadah ini. Turut dikongsikan beserta gambar untuk jadikan sebagai rujukan.
Divider dan cover tidak diwajibkan. Bergantung dengan masing-masing. Saya letak untuk lebih kemas & teratur.
Susunan ini tidak ditetapkan. Asal mengikut kandungan yang dinyatakan dalam senarai semak sudah mencukupi.
















Sekiranya anda ada menduduki APTIS/MUET, bahagian CPT (contoh dalam gmbar) boleh ditukar & masukkan sijil APTIS/MUET anda. Penting utk student TESL





Sediakan 1 set salinan untuk dokumen-dokumen dalam Clear Folder ini. 1 set mencukupi, tetapi recommended untuk sedia lebih dari 1 set. Harus disahkan.
Jika anda tak tahu nak buat persediaan bagi menghadapi temuduga, anda boleh dapatkan Panduan Penuh Rahsia Temuduga Lulus Dengan Mudah dibawah dengan harga RM30 sahaja

sumber : Alvin Wong










1 thought on “Cara Susun Sijil & Resume Dengan Betul Untuk Hadir Temuduga”
Comments are closed.