Transfer duit Tabung Haji ke akaun Maybank menggunakan Maybank2u adalah proses yang mudah dan pantas disediakan oleh pihak Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Maybank.
Dengan kemudahan teknologi digital, anda kini boleh menguruskan duit anda tanpa perlu ke kaunter atau cawangan bank atau ke cawangan Tabung Haji pun.
Duit Tabung Haji yang disimpan boleh dipindahkan ke akaun Maybank untuk pelbagai keperluan, sama ada untuk kegunaan harian, simpanan, atau persiapan menunaikan haji.
Maybank2u, platform perbankan dalam talian Maybank, menawarkan kemudahan yang selamat dan efisien untuk urusan kewangan. Bagi pemegang akaun Tabung Haji, proses memindahkan duit Tabung Haji ke akaun Maybank boleh dilakukan dalam beberapa langkah sahaja.
Yang paling penting, pastikan anda mempunyai akses kepada Maybank2u dan maklumat akaun Tabung Haji yang diperlukan. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memindahkan dana dengan cepat dan tanpa sebarang masalah.
Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Akaun Maybank Secara Online
Disini akan menerangkan secara terperinci cara untuk memindahkan duit Tabung Haji ke akaun Maybank menggunakan Maybank2u. Setakat ini Maybank tidak menyediakan ciri ini di aplikasi MAE, hanya boleh digunakan di portal Maybank2u sahaja. Jadi kena guna komputer.
Ikuti panduan lengkap dibawah ini untuk memudahkan urusan kewangan untuk transfer duit Tabung Haji ke akaun Maybank yang boleh dilakukan secara online.
Langkah 1 : Login akaun Maybank anda seperti biasa di https://www.maybank2u.com.my
Langkah 2 : Klik ‘Pay & Tranfer’ dan pilih ‘Tabung Haji’
- Transfer From : <pilih akaun Tabung Haji anda>
- Transfer To : <Own Accounts>
Klik pada Savings akaun anda
![cara transfer duit tabung haji ke akaun maybank](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/cara-transfer-duit-tabung-haji-ke-akaun-maybank.jpg)
Langkah 3 : Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan pada bahagian ‘Transfer Amount’ dan Referenece. Sudah selesai, klik ‘Transfer’
*Caj RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi
![cara transfer duit tabung haji ke akaun maybank](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/cara-transfer-duit-tabung-haji-ke-maybank.webp)
Langkah 4 : Klik ‘Request’ untuk proses transfer seterusnya sehingga selesai
![cara transfer duit tabung haji ke akaun maybank](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/cara-pindah-duit-tabung-haji-ke-akaun-maybank.webp)
![cara transfer duit tabung haji ke akaun maybank](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/cara-pindah-duit-tabung-haji-ke-maybank.webp)
Duit Tabung Haji akan dipindahkan atau transfer ke akaun Maybank secara terus pada masa yang sama. Jadi anda boleh terus menggunakan duit tersebut seperti biasa. Harap membantu.