Tukar limit transfer dalam Maybank2u sebenarnya satu perkara yang sangat mudah, cuma ramai pengguna tak sedar fungsi ini boleh dibuat sendiri secara online dan boleh dibuat di aplikasi MAE sahaja.
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, urusan pindahan wang dah jadi rutin harian sama ada untuk bayar bil, hantar duit kepada keluarga, urusan bisnes kecil atau sekadar pindah antara akaun sendiri.
Tapi bila tiba-tiba transaksi gagal sebab had harian tak mencukupi, barulah ramai mula panik dan tertanya-tanya macam mana nak selesaikan masalah ini dengan cepat? Macam mana nak naikkan limit transfer?
Hakikatnya, Maybank telah menyediakan kemudahan untuk pengguna mengubah had pemindahan wang terus melalui Maybank2u, sama ada menggunakan aplikasi di telefon pintar atau melalui laman web www.maybank2u.com.my.
Anda tak perlu lagi beratur panjang di kaunter bank atau hubungi pusat khidmat pelanggan hanya untuk naikkan limit transaksi. Semuanya boleh dilakukan sendiri, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, asalkan akaun anda aktif serta fungsi Secure2u telah diaktifkan.
Topik ini sangat relevan terutamanya untuk mereka yang kerap buat transaksi bernilai besar atau mempunyai keperluan kewangan yang berubah-ubah.
Dalam perkongsian ini, anda akan didedahkan dengan cara tukar limit transfer Maybank2u secara online menggunakan aplikasi MAE.
Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u Menggunakan Aplikasi MAE
Untuk tukar limit transfer Maybank ini terdapat 2 cara iaitu anda naikkan limit atau turunkan limit. Tapi anda kena tahu, sekiranya anda naikkan limit, ianya akan berlaku selepas 12 jam. Tetapi jika anda turunkan limit, ianya akan dikemaskini terus tanpa perlu tunggu.
Terdapat 10 jenis pindahan yang disediakan oleh pihak Maybank kepada semua pelanggannya iaitu :
- 3rd Party Transfer (Maybank to Maybank)
- Interbank Transfer (DuitNow dan ke bank lain – GIRO)
- Oversea Transfer
- MIGA-i Transfer
- Bakong Transfer
- FPX/DuitNow Online Banking/Wallets
- ASNB Own Account Transfer
- ASNB 3rd Party Transfer
- Tabung Haji Own Account Transfer
- Tabung Haji 3rd Party Transfer
Jadi langkah-langkah untuk naikkan limit transfer ini adalah sama bagi semua jenis pemindahan seperti senarai diatas. Untuk tutorial dibawah adalah mengubat limit transfer untuk 3rd Party Transfer
1) Buka aplikasi MAE dan login seperti biasa
2) Kemudian klik pada butang setting (gear) pada bahagian kiri atas skrin

3) Pilih Pay & Transfer > Transfer > Transfer Limit

4) Jadi disini akan disenaraikan jenis pemindahan yang disediakan. Anda boleh pilih mana-mana yang anda ingin tukar limit transfer. Contoh : 3rd Party Transfer
5) Kemudian pilih had atau limit baru yang anda inginkan. Jika sudah, klik Save Changes

6) Selesai
Jadi bermula tempoh tersebut, peningkatan had atau limit transfer akan boleh digunakan selepas 12 jam. Jadi lepas ni, boleh transfer dengan jumlah yang lebih besar.
Jika anda risau tentang keselamatan dengan jumlah pemindahan yang besar, anda boleh turunkan kembali selepas ini. Mudah sahaja, boleh dilakukan secara online menggunakan apps MAE.









