Info Siaran Langsung Central Coast Mariners vs JDT Di ACLE 2025 (Live Streaming)

By aiman

Updated on:

ccm vs jdt acle 2025

Perlawanan antara Central Coast Mariners (CCM) vs Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACLE 2024/2025 memasuki aksi ketujuh bagi kedua-dua pasukan dalam zon ‘East’.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 11 Februari 2025 (Selasa) jam 4.00 petang waktu Malaysia di Central Coast Stadium, Gosford, Australia.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini, siaran langsung boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau live streaming di apliaksi Sooka.

Advertisements

Prestasi Kedua-Dua Pasukan Dalam ACLE 2024/2025

Central Coast Mariners berdepan kesukaran dalam kejohanan ini dan kini menduduki tempat tercorot dalam kumpulan dengan hanya 1 mata daripada 6 perlawanan.

Sejak dari itu, mereka hanya menang sekali dan telah tewas lima kali, menyebabkan mereka kini tidak lagi berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya dengan baki satu lagi perlawanan.

JDT pula berada di kedudukan ke-6 dalam kumpulan, mengumpul 8 mata hasil daripada 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan. Mereka masih berpeluang untuk merebut tempat dalam kelompok 8 terbaik bagi mara ke pusingan 16 AFC Champions League Elite ini.

Aksi Central Coast Mariners vs JDT

Dalam liga tempatan, CCM kini berada di tangga ke-9 dalam A-League, dengan hanya 1 kemenangan dan 4 seri dalam 5 perlawanan terakhir.

Sebaliknya, JDT mendominasi Liga Super Malaysia dan hampir pasti menjuarai liga untuk musim ke-11 berturut-turut dan hanya memerlukan 3 mata sahaja lagi.

Meskipun bermain di tempat lawan, JDT memiliki kelebihan dari segi prestasi dan momentum. Namun, CCM mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri, yang mungkin memberi sedikit dorongan moral kepada mereka.

Advertisements

JDT perlu fokus dan mengelakkan kesilapan bagi memastikan mereka membawa pulang 3 mata penting untuk mengekalkan peluang ke pusingan seterusnya.

Keputusan Perlawanan

FT : Central Coast Mariners (1) – (2) JDT

  • Alvaro Gonzalez 64′, 79′
  • Alou Kuol 70′

Masa : 4.00 pm
Venue : Central Coast Stadium
TV : Astro Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment