Jumlah Dividen ASB Tahun 2024 Adalah 5.75%

By aiman

Published on:

dividen asb

Dividen ASB sentiasa dinantikan setiap tahun oleh pelabur Bumiputera di Malaysia. Untuk tahun kewangan 2024, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.75 sen seunit

Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion ini memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Apa Maknanya Dividen ASB 2024?

ASB mengagihkan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.64% sepanjang tahun ini.

Advertisements

Jika dibuat perbandingan dividen ASB berbanding tahun lepas ada peningkatan. Dividen ASB tahun 2023 adalah 5.25% dan dividen ASB tahun 2024 adalah 5.75% dengan kenaikkan 9.52%

Jumlah Dividen ASB Setiap Tahun

Untuk panduan, berikut merupakan infografik berkaitan nilai dividen ASB yang telah diumumkan bermula tahun 2013 sehingga sekarang.

Cara Semak Dividen ASB

Transaksi ASB di cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024.

Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menyemak dividen ASB anda:

  1. Portal MyASNB
    • Log masuk ke MyASNB dengan ID anda.
    • Pilih akaun ASB untuk melihat jumlah dividen dan baki terkini.
  2. Aplikasi MyASNB
    • Muat turun aplikasi ini di telefon pintar anda.
    • Log masuk menggunakan maklumat akaun yang sama seperti portal.
  3. Bank Ejen
    • Kunjungi bank seperti Maybank, CIMB, RHB, atau BSN untuk mendapatkan maklumat di kaunter atau melalui ATM.

Strategi Memaksimumkan Pelaburan ASB

Untuk mendapatkan pulangan maksimum, berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil:

Advertisements
  1. Tambah Pelaburan Secara Konsisten
    Melabur secara tetap setiap bulan membantu meningkatkan purata baki bulanan anda, yang merupakan asas pengiraan dividen.
  2. Gunakan Kelebihan Pengeluaran Semula
    Dividen yang diterima boleh dilaburkan semula untuk meningkatkan jumlah pokok, seterusnya menghasilkan lebih banyak dividen pada masa akan datang.
  3. Rancang Pelaburan Jangka Panjang
    ASB sesuai untuk pelaburan jangka panjang kerana ia memberikan pulangan stabil dengan risiko yang rendah.

ASB menawarkan kemudahan pelaburan, kestabilan pulangan, dan tiada caj tersembunyi. Bagi pelabur yang mencari pilihan selamat untuk menyimpan wang mereka, ASB kekal sebagai pilihan utama.

Dengan jumlah dividen ASB 2024 ini, ianya memberikan gambaran jelas bahawa pelaburan ini kekal relevan di kalangan Bumiputera. Dengan pengagihan keseluruhan sebanyak 5.75 sen seunit, pelabur dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik.

Jangan lupa untuk menyemak dividen anda dan gunakan strategi yang betul untuk memaksimumkan pulangan. Pelaburan yang bijak bermula dengan langkah kecil tetapi konsisten. Jadikan 2025 tahun yang lebih baik dengan perancangan kewangan yang mantap!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Jumlah Dividen ASB Tahun 2024 Adalah 5.75%”

Leave a Comment