20 Jenis Hadiah Untuk Ayah Anda Sempena Hari Bapa

By aiman

Published On:

Follow Us
hadiah hari bapa

Hari Bapa dah nak dekat dan anda bercadang untuk beri hadiah sebagai penghargaan. Tapi anda tak tahu nak bagi hadiah apa.

Jangan risau, anda boleh lihat senarai 20 hadiah untuk ayah anda ini sempena Hari Bapa atau Father’s Day.

Ianya bukanlah hari perayaan rasmi yang disambut, tetapi hanya sekadar hari penghargaan kepada semua golongan bapa yang telah memberi segala keringat dan pengorbanan kepada isteri dan anak-anak, khususnya kepada keluarga sendiri. Hari Bapa biasanya disambut pada hari Ahad minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun.

Kita bukanlah kena tunggu Hari Bapa, baru nak hargai jasa, nak tunggu Hari Ibu, baru nak bagi hadiah.

Islam pun ajar untuk kita hargai Ibu Bapa setiap masa iaitu dengan menghadiahkan doa kepada mereka seperti doa yang diajar oleh Nabi. Ianya juga dituntut.

BACA JUGAKoleksi Ucapan Sempena Hari Bapa

Tetapi tidak salah untuk memberi penghargaan atau hadiah untuk mereka tetapi bukanlah niat untuk mengikuti trend Hari Bapa tersebut.

Hadiah pun merupakan sebuah pemberian sebagai tanda penghargaan kepada seseorang. Siapa yang tak suka kan kalau dapat hadiah, lagi-lagi dapat daripada kesayangan seperti anak atau isteri kan.

Kalau anda tiada idea nak bagi hadiah apa pada Ayah anda sempena Hari Bapa ini, anda boleh tengok senarai 20 hadiah yang anda boleh beri kepada Ayah anda.

Senarai Hadiah Untuk Ayah Anda Sempena Hari Bapa

Harap perkongsian ini bermanfaat dan juga disediakan link atau pautan pembelian pada setiap jenis hadiah.

1. Bostanten Men’s Wallet with Gift Box

man wallet

Mungkin dompet ayah anda sudah lusuh atau lama, apa salahnya belanja beliau dengan hadiahkan dompet baru kan.

2. BOSTANTEN Leather Belts

leather belts

Ini juga penting untuk lelaki terutamanya golongan ayah. Belikan taling pinggang, takda la seluar terlondeh nanti kan.

3. Neck Tie

hadiah hari bapa neck tie

ika ayah anda masih bekerja, ini juga hadiah hari bapa yang boleh anda beri kepada beliau. Barulah ayah bangga dapat pakai tie anak dia bagi kan.

4. Mi Band (Jam Kesihatan)

mi band

Untuk menggalakkan ayah kita jalani kehidupan yang sihat, boleh hadiahkan jam kesihatan ini. Boleh trace berapa langgah dilakukan sehari.

5. Helmet Motor

repsol helmet

Hadiah ini boleh diberi jika, ayah anda mempunyai motor. Bagi helmet barulah dan pastinya lebih selamat ketika menunggang.

6. Branded Perfume

hadiah hari bapa perfume

Untuk pastikan ayah anda sentiasa wangi terutamanya ketika berada di luar. Hadiah beliau dengan perfume yang berkualiti. Takkan kita je pakai perfume mahal kan.

7. Suite Men

suite man

Beri bapa anda suite lengkap yang baru. Ini boleh digunakan jika mereka masih bekerja terutamanya kerja pejabat.

8. Set Kelengkapan Memancing

set kelengkapan memancing

Kalau ada ayah kaki pancing. Set combo pancing ni mesti dia suka punya lah. Silap-silap hari-hari turun mengail kan.

9. Penginapan di Hotel

penginapan hotel

Sekarang banyak hotel buat promosi. Jadi apa lagi, cari la pakej hotel yang murah, dan bagi ayah anda berehat di hotel.

10. Jam tangan

jam tangan

Hadiahkan ayah anda sebuah jam tangan sempena Hari Bapa ini. Bagi dia nampak muda dengan jam tangan elegance.

11. Mesin Urut Badan

kerusi urut

Ayah yang sudah meningkat usia, pasti selalu sakit-sakit badan. Hadiahkan je kerusis urut ni. Hari-hari boleh mengurut sendiri di rumah.

12. Mesin Urut Kaki

foot massage

Tak cukup dengan mesin urut badan, hadiahkan juga mesin urut kaki. Legakan kaki ayah anda selepas penat seharian.

13. Motosikal

motorsikal

Helmet dah beri, tapi motor takda. Apa lagi, berilah ayah anda sebuah motosikal. Boleh dia ronda-ronda kampung dengan pemberian anaknya kan.

14. Pelembap Udara (Air Diffuser)

air diffuser

Pastikan keadaan rumah sentiasa segar, boleh dapatkan dehumidifier ini. Beri kesihatan yang baik kepada ayah anda.

15. Water Filter

water filter

Air merupakan keperluan harian. Jadi ianya perlu bersih sentiasa. Dapatkan water filter untuk menapis air menjadi lebih bersih dan sihat untuk diminum. Boleh la beli jenama Coway ke Cuckoo atau mana-mana jenama dipercayai

16. Pakej Umrah

pakej umrah

Rasanya, inilah antara hadiah yang tidak akan ditolak oleh ibu bapa anda. Selain daripada ayah, beri juga kepada ibu anda. Beri pakej Umrah kepada ibubapa anda. Besar ganjarannya.

17. Dell Laptop

laptop dell

Jika ayah anda masih memerlukan laptop untuk bekerja. Apa kata hadiahkan laptop Dell terbaru untuk beliau sempena Hari Bapa nanti.

18. Realme Smartphone

realme handphone

Hadiahkan smartphone kepada ayah anda. Mudahlah kalau nak Whatsapp ke video call dengan ibu ayah di kampung kalau kita sibuk di bandar bekerja kan.

19. Pakej pelancongan

pakej pelancongan

Luangkan masa bersama dengan ibu ayah anda. Pergilah bercuti, hadiahkan percutian yang bermakna untuk anda sekeluarga. Spent masa bersama ketika bercuti. Itulah saat yang mungkin akan hilang di masa akan datang. Hargailah. Pergi bercuti.

20. Urutan SPA

urutan spa

antar ayah anda ke SPA sekali sekali. Bagi urutan dan kerehatan kepada beliau. Sekali sekala berehat di SPA, boleh la kan.

Harap senarai ini membantu bagi idea untuk anda beli hadiah kepada ayah-ayah sempena Hari Bapa ini.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now