Musim baharu Liga Super Malaysia 2025/2026 bakal membuka tirai, dan para penyokong setia mula bersiap sedia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan masing-masing.
Salah satu cara terbaik untuk menikmati setiap perlawanan adalah dengan memiliki season pass. Fans setia pastinya perlu memiliki pas bermusim ini bagi menunjukkan kesetian kepada pasukannya.
Selain kesetiaan, menjimatkan kos tiket individu, pemilik season pass juga berpeluang menikmati pelbagai keistimewaan seperti tempat duduk tetap, diskaun barangan rasmi dan akses awal ke stadium.
Setiap pasukan menawarkan pakej season pass yang berbeza-beza, bergantung kepada lokasi tempat duduk, jumlah perlawanan, dan bonus tambahan yang ditawarkan kepada peminat. Ada pasukan yang menyediakan harga istimewa untuk pelajar, warga emas, dan pemegang kad keahlian rasmi.
Sama ada anda peminat JDT, Selangor FC, Terengganu FC, Sabah atau mana-mana kelab lain, maklumat ini pasti membantu anda mendapatkan nilai terbaik untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Senarai Harga Season Pass Setiap Pasukan Dalam Liga Super 2025/2026
Berikut merupakan senarai penuh pasukan Liga Super yang menawarkan season pass atau pas bermusim bagi saingan Liga Malaysia untuk musim 2025/2026
1) Selangor

Jualan season pass akan dibuat mulai 18 Jun 2025 dengan menawakan 2 pilihan untuk pas dewasa dan satu kanak-kanak. Pas bermusim ini adalah termasuk untuk semua perlawanan ‘home’ Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA (kecuali Final)
Selain itu, antara kelebihan lain lagi :
- Tiket percuma ke Super GT Malaysia
- Akses Skydeck
- Makanan daripada Fasfood
- Parking percuma VIP
- Kit eksklusif (This Is Selangor)
- Diskaun Hari Jadi 20%
Grandstand Pass | Open Pass | Kids |
RM299 | RM199 | RM49 |
Untuk info penuh, boleh pergi ke laman web rasmi www.selangorfc.com atau klik disini untuk infografik.
2) Johor Darul Ta’zim (JDT)

Pas bermusim untuk pasukan JDT akan mula dijual pada 20 Jun 2025. Bermula pada hari yang sama hingga 20 Julai, pemegang pas bermusim pada musim lalu boleh memperbaharui pas anda dengan diskaun 10%.
Dengan season pass ini, anda dapat researved seat iaitu bagi perlawanan Sumbangsih, Liga Super, FA Cup, Piala Malaysia, ACL Elite (Peringkat Kumpulan dan Round 16) beserta Asean Club Championship.
Selain itu, pemegang pas bermusim juga boleh dapat :
- Akses awal untuk beli tiket final untuk Piala FA dan Piala Malaysia
- Diskaun untuk barang terpilih di JDT Direct Stores
- Dapat sehelai jersi (mengikut pakej)
- Stadium Tour atau Hummer Tour (mengikut pakej)
- Parking percuma
- Akses ke Diamond Lounge dan pelbagai lagi
Pakej | Harga |
---|---|
Diamond VIP (Grandstand) | RM6,990 |
Jewel Plus (Grandstand) | RM2,600 |
Jewel (Grandstand) | RM1,950 |
Silver (Zon C) | RM850 |
Bronze (Zon C) | RM550 |
Bronze (Zon A) | RM399 |
Untuk info penuh, anda boleh layari laman web johorsouthertiger.my atau klik disini untuk dapatkan infografik
*untuk pasukan lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa