Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
JDT vs Negeri Sembilan

Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan akan membuka tirai minggu kedua Liga Super 2025/26 (LS2) dengan penuh debaran dan aksi yang dinanti oleh peminat bola sepak tempatan khusus untuk kedua-dua pasukan ini.

Pertemuan ini bukan sekadar perlawanan biasa, tetapi menjadi medan untuk kedua-dua pasukan membuktikan kemampuan mereka pada awal musim.

Bagi JDT, ini adalah peluang untuk mengekalkan momentum kemenangan, manakala Negeri Sembilan bakal memulakan musim baharu dengan misi mencipta kejutan.

Minggu Kedua Liga Super 2025/26 Bermula

JDT vs Negeri Sembilan menjadi perlawanan pertama yang berlangsung pada minggu kedua. Dalam hari yang sama, dua lagi perlawanan menarik akan turut diadakan iaitu Selangor vs DPPM Brunei serta Kelantan vs Imigresen FC.

Dengan tiga perlawanan berlangsung serentak pada tarikh ini, peminat bola sepak Malaysia pastinya mempunyai banyak pilihan untuk menonton aksi pasukan kegemaran mereka. Manakala esok, akan berlangsung ladi 2 perlawanan

Bagi Johor Darul Ta’zim, aksi menentang Negeri Sembilan kali ini merupakan perlawanan kedua mereka untuk musim ini. Minggu lalu, JDT berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan Sumbangsih, sekali gus membuka langkah dengan keyakinan tinggi. \

Rentetan prestasi hebat dan dominasi mereka dalam beberapa musim terakhir, ramai menjangkakan JDT akan terus mendominasi saingan Liga Super untuk musim kali ini.

Berbeza dengan JDT, Negeri Sembilan baru sahaja akan memulakan musim 2025/26 dengan perlawanan ini. Mereka tidak beraksi dalam minggu pertama, menjadikan aksi di Stadium Sultan Ibrahim ini sebagai pentas pembukaan bagi skuad Hobin Jang Hobin.

Pastinya, pemain Negeri Sembilan akan berusaha memanfaatkan tenaga dan persediaan yang mereka kumpulkan sepanjang pra-musim untuk memberikan tentangan sengit kepada JDT.

Rekod Pertemuan Musim Lalu

Melihat kepada rekod musim 2024/25, JDT vs Negeri Sembilan hanya bertemu dua kali, kedua-duanya dalam saingan Liga Super.

Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, JDT berjaya mencatat kemenangan sama ada bermain di gelanggang sendiri mahupun ketika bertandang ke laman lawan.

Statistik ini jelas menunjukkan kelebihan berpihak kepada JDT, namun bola itu bulat, dan kejutan sentiasa boleh berlaku di padang.

Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan

Pertemuan antara JDT vs Negeri Sembilan akan berlangsung pada 12 Ogos 2025, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam. Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi saksi untuk perlawanan hari ini.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium pada hari perlawanan ini, siaran langsung boleh ditonton melalui Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di aplikasi Astro Go dan Sooka.

JDT vs Negeri Sembilan

Walaupun JDT dilihat sebagai pilihan utama berdasarkan rekod dan prestasi, Negeri Sembilan tidak boleh dipandang ringan.

Mereka mungkin membawa strategi berbeza memandangkan ini adalah perlawanan pertama musim ini dan pemain berada dalam keadaan segar.

JDT pula pasti mahu mengukuhkan kedudukan awal di carta Liga Super dengan kemenangan bergaya di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (5) – (3) Negeri Sembilan

  • Joseph Esso 8′
  • Jovan Motika 13′, 60′
  • Jon Irazabal 39′, 56′
  • Joao Figueiredo 41′
  • Arif Aiman 58′
  • Bergson da Silva 90+2′

Masa : 8.15 PM
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Liga Super 2025”

Comments are closed.