Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) bakal berlangsung pada malam ini, bermula jam 9 malam. Sebagai salah satu acara paling dinanti-nantikan dalam industri muzik tanah air, AJL 2025 menjanjikan persembahan yang memukau dan persaingan sengit antara lagu-lagu terbaik tahun ini.
Peminat muzik sudah pastinya tidak sabar untuk mengetahui siapa yang akan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 39 dalam kategori-kategori utama seperti Juara Lagu, Vokal Terbaik, dan Persembahan Terbaik.
Anugerah Juara Lagu merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan secara tahunan bagi mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. Pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai bersama trofi AJL.
Senarai Lagu Yang Bertanding Dalam Anugerah Juara Lagu 39 Tahun 2025
Sebelum ke peringkat akhir, sebanyak 30 buah lagu telah bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 39. Daripada kesemua lagu tersebut, hanya 10 buah lagu yang layak beraksi di Anugerah Juara Lagu 39 :
No | Lagu | Penyanyi | Komposer | Penulis Lirik |
1 | Sengaja | Amir Masdi | Bunga Cantik & Hang Nadim | Bunga Cantik & Hang Nadim |
2 | Saksama | Akim & The Majistret | Akim & Majistret | Bunga Cantik |
3 | Pujaanku | Masdo ft. Aisyah Aziz | Ali Sariah | Heidimoru & Ali Sariah |
4 | Terus Bersinar | Hafiz Suip | Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Ab Rahman | Mas Dewangga & Jova Devito |
5 | Hening Rindu | Marsha Milan | Ikhwan Fatanna & Wan Saleh | Ikhwan Fatanna |
6 | Aura | Ernie Zakri | Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat | Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat |
7 | Diam | Hael Husaini | Hael Husaini & Iqie Hugh | Hael Husaini & Iqie Hugh |
8 | Risiko | Bezoloo, Ghidd Isabator, Meerfly, Tuju & MK K-Clique | Apipapol | Apipapol |
9 | Bukan Lagi Kita | Nadeera Zaini | Hael Husaini & Iqie Hugh | Hael Husaini & Iqie Hugh |
10 | Puas Sudah | Aina Abdul | Aina Abdul | Aina Abdul |
AJL39 yang membawa tema ‘Nada Rasa’ kali ini dihoskan oleh Naz Rahman bersama Sissy Iman yang dipancarkan terus dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Orang juga boleh tonton secara langsung menerusi saluran TV3 atau boleh juga saksikan secara live streaming di Tonton bermula pada pukul 9.00 malam pada 16 Februari 2025, Ahad.
![anugerah juara lagu 39 tahun 2025](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/Anugerah-Juara-Lagu-39-tahun-2025.webp)
Senarai Juara Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 39 Tahun 2025
Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-39 bagi tahun 2025 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Juara bakal membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai RM100,000. Naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM50,000 juga beserta trofi. Tempat ke-3 bakal meraih hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi. Vokal dan persembahan terbaik, masing-masing bakal memenang hadiah wang tunai RM12,000 beserta trofi.
- JUARA – Hening Rindu (Marsha Milan)
- Naib Juara – Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini)
- Tempat Ketiga – Saksama (Akim & The Majistret)
- Vokal Terbaik – Aura (Ernie Zakri)
- Persembahan Terbaik – Puas Sudah (Aina Abdul)
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui siapa yang berjaya mencipta nama dalam sejarah AJL 2025.