Berapa Kalori Kuih Raya? Lemang, Ketupat, Sate Pun Ada. Jom Kita Tengok!

By aiman

Published On:

Follow Us
kalori kuih raya

Berapa kalori kuih raya tart nenas? Berapa kalori untuk almond london? Sepanjang Ramadan dah berjaya turun beberapa kilo. Jadi bulan Syawal ni, kena kawal juga kalori yang diambil supaya tidak berlebihan kan.

Aidilfitri sememangnya sinonim dengan pelbagai jenis kuih raya yang enak dan menggoda selera. Namun, dalam kemeriahan menikmati juadah, ramai yang terlepas pandang tentang jumlah kalori kuih raya yang diambil.

Tanpa disedari, beberapa keping kuih raya boleh menyumbang kepada lebihan kalori harian, terutamanya jika dimakan secara berlebihan. Contohnya, sebiji kuih bangkit mungkin nampak kecil, tetapi kalorinya boleh mencapai lebih 40 kcal sebiji!

Bagi yang ingin menjaga kesihatan atau mengekalkan berat badan, mengetahui kalori kuih raya boleh membantu dalam mengawal pemakanan sepanjang Syawal. Tambahan lagi, makan berlebihan pun tak elok.

Tapi jangan risau, ini bukan bermaksud anda perlu menahan diri sepenuhnya. Sebaliknya, dengan sedikit kesedaran dan kawalan, anda masih boleh menikmati setiap hidangan tanpa rasa bersalah. Jom ketahui jumlah kalori kuih raya kegemaran anda supaya kita dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih sihat dan seimbang!

Jumlah Kalori Kuih Raya Bagi Setiap Hidangan Ketika Aidilfitri

Berikut merupakan antara bilangan kalori kuih raya yang dikongsikan oleh nutritionist KKM sebagai rujukan anda. Jadi anda boleh kawal pemakanan disamping masih menikmati juadah yang dihidangkan.

Kuih Raya

Hidangan

Kalori

Kuih Bangkit Kelapa

1 biji (10 g)

40 kcal

Kuih Cincin

1 keping (10 g)

20 kcal

Kuih Ros/Loyang

1 keping (20 g)

60 kcal

Kuih Kapit

1 keping (5 g)

20 kcal

Kuih Karas

1keping (10 g)

50 kcal

Kuih Siput

3 biji (10 g)

30 kcal

Puding Mangga

1 potong (60 g)

45 kcal

Kuih Tart Nenas

1 biji (10 g)

20 kcal

Agar-Agar Buah

1 potong (30 g)

20 kcal

Agar-Agar Kering

1 keping (10 g)

20 kcal

Almond London

1 biji (20 g)

110 kcal

Bahulu

1 biji (15 g)

60 kcal

Biskut Arab/Makmur

1 biji (10 g)

50 kcal

Biskut Emping Jagung

1 biji (20 g)

80 kcal

Dodol

1 potong (20 g)

70 kcal

Biskut Kelapa

1 biji (10 g)

60 kcal

Putu Kacang/Berasa

1 biji (20 g)

70 kcal

Rempeyek/Kacang Dal

1 keping (20 g)

60 kcal

Rempeyek/Kacang Tanah

1 keping (20 g)

70 kcal

Tapai Pulut

1 bungkus (80 g)

130 kcal

Semperit/Kuih Dahlia

1 biji (10 g)

40 kcal

Muruku

1 keping (20 g)

120 kcal

Wajik

1 potong (20 g)

60 kcal

Puding Karamel

1 potong (40 g)

40 kcal

Kacang Bersalut Tepung

1 sudu makan (10 g)

50 kcal

Kacang Goreng

1 sudu makan (10 g)

40 kcal

Kek Coklat

1 potong (40 g)

150 kcal

Kek Berkrim (Aising)

1 potong (40 g)

170 kcal

Kek Mentega

1 potong (40 g)

150 kcal

Biskut Suji

1 potong (10 g)

40 kcal

Kerepek Ubi Bercili

3 keping (10 g)

50 kcal

Sarang Semut

1 biji (10 g)

60 kcal

Kalori Hidangan Utama Hari Raya

Dah tahu kalori kuih raya kan. Jom kita tengok pula jumlah kalori yang ada dalam juadah atau hidangan utama pada hari raya seperti Lemang, Rendang, Nasi Impit, Kuah Kacanga dan sebagainya

Hidangan

Hidangan

Kalori

Lemang

3 potong (90 g)

300 kcal

Rendang Daging

2 ketul (50 g)

130 kcal

Nasi Impit

8 kiub kecil (50 g)

80 kacal

Kuah Kacang

1 senduk (50 g)

130 kcal

Sayur Lodeh

2 senduk (90 g)

130 kcal

Sate Ayam

5 cucuk (80 g)

200 kcal

Nasi Dagang

1 pinggan (250 g)

445 kcal

Ketupat Palas

1 biji (50 g)

130 kcal

Rendang Ayam

2 ketul kecil (50 g)

100 kcal

Nasi Dagang

1 pinggan (250 g)

445 kcal

Serunding Daging

1 sudu makan (30 g)

80 kcal

Pulut Kuning

1 senduk (50 g)

130 kcal

Mi Kolok

1 mangkuk (250 g)

290 kcal

Tips Makan Kuih Raya

Kuih raya ni kalau tak perasan, kita akan makan non-stop dan tanpa sedar dah habis sebalang. Kalau makan kuih raya tinggi kalori, memang naiklah badan lepas ni kan. Jadi boleh tengok tips makan kuih raya ni :

  • Elakkan makan ketika waktu lapar
  • Makan hidangan utama terlebih dahulu
  • Makan kuih raya dengan air kosong
  • Nikmati kuih raya dengan perlahan-lahan
  • Sorok kuih raya kegemaran di tempat terlindung

Sumber : nutrionistKKM

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment