Lirik Keluang Man 2025 – Krisya & SOG

By aiman

Published on:

lirik lagu ost keluang man 2025

Penyanyi asal ‘Keluang Man‘ Krisya kembali dan kini bersama Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) memberikan nafas baru kepada lagu tersebut bagi OST filem Keluang Man 2025 yang akan dikeluarkan pada Mei.

Lagu yang penuh nostalgia ini pertama kali diperdengarkan dalam kartun animasi Keluang Man sekitar tahun 90-an yang lepas. Kini Astro berbesar hati membawa watak adiwira tersebut ke layak perak menerusi filem Keluang Man.

Pada Februari 2025, secara rasminya pihak produksi telah memperdengarkan OST Keluang Man (2025) secara rasmi menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music dan Youtube. Masih menggunakan judul yang sama ‘Keluang Man’.

Lagu kali ini masih mengekalkan lirik asal tetapi dengan gabungan muzim metal daripada SOG. Tetapi masih diberikan nafas melayu nusantara terutamanya pada bahagian tengah lagu yang memainkan alunan seruling.

Advertisements

Tajuk Lagu : Keluang Man
Artis : Krisya & Sekumpulan Orang Gila (S.O.G)
Komposer : Syed Imanzali, Raja Nazmin Shah, Raja Nazrin Shah
Lirik : M. Adzlan Sulong, Raja Nazmin Shah

Lirik Lagu Keluang Man (2025)

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya

Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara

Dialah satria
Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera

Aku
Hanyalah insan biasa
Tak pernah sempurna
Apatah lagi warasnya

Dialah satria
Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman sejahtera

Advertisements

Dialah satria
Dialah satria
Dialah satria
Dialah satria

Biar pun dimana jua
Dia datang dikala malam tiba
Melakukan tugas mulia

Didesa juga dikota
Dia akan memberikan baktinya
Demi hidup aman, aman sejahtera

Keluang Man
Keluang Man
Keluang Man

Keluang Man
Keluang Man
Keluang Man
Keluang Man

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment