Lokasi Pasar Malam Di Seluruh Kelantan Terkini 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
PASAR MALAM KELANTAN

Kalau sebut pasal Kelantan, antara benda yang ramai orang suka ialah pasar malamnya. Suasana meriah, makanan sedap dan orangnya ramah. Semuanya ada. Hampir setiap daerah di Kelantan ada pasar malam yang jadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Pasar malam bukan sekadar tempat membeli makanan, tapi juga tempat orang berkumpul dan berborak santai. Dari Kota Bharu sampai ke Gua Musang, suasana setiap pasar malam berbeza tapi tetap penuh warna. Bau sate, ayam percik dan nasi kerabu memang buat perut lapar sekelip mata.

Di daerah Kota Bharu, pasar malam jadi nadi kehidupan bandar. Kawasan macam Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Chepa selalu jadi pilihan ramai. Kalau ke Tumpat pula, pasar malamnya terkenal dengan makanan laut segar dan kuih tradisional yang susah nak jumpa di tempat lain.

BACA JUGA : Lokasi Tapak Pasar Malam Di Sekitar Kota Bharu

Pasir Mas pun tak kurang menarik. Ramai suka datang sebab ada banyak pilihan makanan kampung dan harga pun berpatutan. Di Tanah Merah dan Machang, suasananya lebih tenang tapi tetap meriah dengan kehadiran peniaga tempatan yang ramah melayan pelanggan.

Kalau anda suka suasana kampung, boleh singgah ke pasar malam di Kuala Krai atau Jeli. Di sana, banyak jual hasil tani segar dan makanan tradisional orang tempatan. Suasananya sederhana tapi penuh dengan keikhlasan dalam setiap jual beli.

Bagi yang ke Bachok atau Pasir Puteh, pasar malam tepi pantai memang antara tarikan utama. Sambil makan, boleh nikmati angin laut dan bunyi ombak yang mendamaikan. Waktu senja, tempat ini jadi sangat cantik dan sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Jadi, tak kira anda dari mana, pasti ada pasar malam berdekatan yang boleh dikunjungi. Inilah masa terbaik untuk jelajah semua pasar malam di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Senarai Pasar Malam Di Kelantan Tahun 2025

Berikut merupakan senarai tapak lokasi pasar malam di seluruh Kelantan untuk tahun 2025. Senarai ini adalah mengikut hari beroperasi. Kebiasaanya ianya dibuka dari ja 5.00 petang hingga 10.00 malam.

Ahad

  • Berek 12, Kota Bharu
  • Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu 
  • Gunong, Bachok 
  • Cabang Empat, Tumpat 
  • Pekan Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat 
  • Dataran Peladang, Kuala Krai. 

Isnin

  • Bandar Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu  
  • Padang Tembak, Kota Bharu 
  • Kok Lanas, Kota Bharu
  • Kg. Laut, Tumpat 
  • To’ Uban, Pasir Mas
  • Perupok, Bachok 
  • Pekan Machang 
  • Bukit Sireh, Kuala Krai. 

Selasa

  1. Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu  
  2. Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu 
  3. Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu
  4. Pekan Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka) 
  5. Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu  
  6. Beris Kubor Besar, Bachok 
  7. Jalan Pintasan Pasir Puteh, Pasir Puteh 
  8. Kota Kubang Labu, Tumpat. 

Rabu

  • Flat Kg. Sireh, Kota Bharu 
  • Padang Tembak, Kota Bharu  
  • Kg. Kubor Maras (Langgar), Kota Bharu 
  • Kg. Tapang, Kota Bharu
  • Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu 
  • Kg. Mulong, Kota Bharu
  • Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya), Kota Bharu 
  • Jalan Tanjung Baharu (PCB), Kota Bharu 
  • Pekan Peringat, Kota Bharu 
  • Padang KTM, Tumpat 
  • Kg. Morak, Tumpat  
  • Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza Serangkai Mas)
  • Gual Ipoh, Tanah Merah  
  • Pekan Kuala Krai. 

Khamis

  • Kawasan Perindustrian Lundang, Kota Bharu 
  • Pekan Ketereh  
  • Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort, Melor), Kota Bharu 
  • Gunong, Bachok 
  • Pekan Wakaf Bharu, Tumpat
  • Tendong (berhampiran SK Othman Talib II), Pasir Mas 
  • Cabang Tiga Meranti, Pasir Mas 
  • Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai Timur) 
  • Tok Bali, Pasir Puteh 
  • Bandar Baharu Gua Musang

Jumaat

  • Taman Sri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu 
  • Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas), Kota Bharu 
  • Pekan Melor, Kota Bharu  
  • Pantai Irama, Bachok
  • Kg. Berangan, Tumpat  
  • Kg. Kok Majid, Tumpat 
  • Temangan, Machang.

Sabtu

  • Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara), Kota Bharu 
  • Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu 
  • Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu
  • Kg. Kok Pasir, Tumpat 
  • Kg. Telaga Lanas, Tumpat 
  • Kg. Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat
  • Kg. Repek (berhampiran SMK Tiang Chandi), Pasir Mas 
  • Beris Kubor Besar, Bachok 
  • Pekan Kuala Krai 
  • Pekan Pasir Puteh.

Jika ada lagi lokasi tapak pasar malam yang tiada dalam senarai, boleh kongsikan dengan kami dan akan dibuat kemaskini dari semasa ke semasa

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now