Malaysia Negara Pertama Guna Pasport Biometrik Seawal Tahun 1998

By aiman

Published On:

Follow Us
pasport biometrik

Ramai yang tak tahu, Malaysia sebenarnya pernah jadi pelopor dalam teknologi keselamatan perjalanan.

Isi Kandungan

Pada tahun 1998, Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang memperkenalkan pasport biometrik. Ya, kita yang mulakan dulu sebelum negara-negara maju lain ikut jejak!

Pasport biometrik ni bukan sekadar pasport biasa. Ia ada cip mikro yang tertanam dalam kulit pasport. Dalam cip tu, tersimpan maklumat biometrik pemilik, termasuk gambar digital dan cap jari. Tujuannya? Untuk tingkatkan keselamatan dan elak penyalahgunaan identiti masa kita melancong ke luar negara.

Dengan teknologi ni, proses pengesahan di imigresen jadi lebih cepat dan efisien. Tak perlu lagi risau pasport palsu atau identiti dicuri. Hebat kan bila fikir Malaysia dah pun fikir jauh ke depan sejak tahun 90-an?

Sekarang, kebanyakan negara dah guna sistem yang sama. Tapi fakta menarik ni buat kita bangga sebab Malaysia yang mulakan trend keselamatan ni dulu. Dari KLIA ke lapangan terbang dunia lain, teknologi yang Malaysia perkenalkan dulu kini jadi standard global.

Apa yang lagi membanggakan, walaupun kita selalu pandang negara lain lebih canggih, hakikatnya Malaysia pun ada sumbangan besar dalam teknologi dunia. Jadi, lepas ni bila tengok pasport sendiri, ingatlah โ€“ kita antara yang terawal dalam dunia guna teknologi biometrik.

Kalau kau suka info macam ni, jangan lupa share. Banyak lagi fakta menarik tentang Malaysia yang ramai tak tahu!

Sumber : tweehundred.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment