Selepas 10 minggu beraksi, kita bakal dapat ketahui juara dan pemenang Gegar Vaganza untuk musim ke-11 bagi tahun 2025. Lima penyanyi solo berentap bersama satu kumpulan untuk mengejar gelaran juara.
Sejak dari minggu pertama, GV11 telah memberikan impak yang besar dalam industri hiburan tanah air apabila menyenaraikan bintang-bintang ternama sebagai peserta untuk bertanding pada setiap minggu.
Lebih sedekad lalu, kita telah menyaksikan ramai bintang kembali menyerlah selepas menyertai program Gegar Vaganza ini. Pentas yang besar untuk mereka yang pernah menghiburkan penonton pada masa dahulu kembali untuk beraksi.
Kini Gegar Vaganza musim ke-11 kembali sekali lagi dengan membariskan bintang ternama. Selepas 10 minggu beraksi, kini hanya 6 peserta sahaja yang berjaya mara ke pentas akhir atau final Gegar Vaganza 2025.
Kali ini kita bakal dapat saksikan persembahan finalist Ning Baizura, Dadali Dyrga, Zehra Zambri, Sheila Abdul, Liza Aziz dan satu kumpulan iaitu The Lima. Masing-masing akan mempertaruhkan vokal dan persembahan terbaik untuk mengejar gelaran juara dan pemenang Gegar Vaganza sekali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000.
Persembahan Pentas Final Gegar Vaganza Musim Ke-11 Tahun 2025
Pada malam grand finale, setiap peserta akan mempersembahkan 3 tugasan iaitu lagu solo, duet dan rap battle. Lagu tugasan telah diberi pada malam separuh akhir sebelum ini supaya peserta mampu membuat persiapan yang terbaik.
Untuk lagu solo, kesemua 6 peserta akan membawa satu lagu iaitu gabungan lagu laju dan lagu perlahan yang digabungkan menjadi satu. Untuk tugasan duet, kita bakal dapat saksikan gandingan antara peserta dan bersama artis jemputan. Manakala untuk tugasa rap battle berlangsung antara peserta lelaki dan wanita.
Dalam pentas final GV kali ini, antara penyanyi atau artis jemputan yang terlibat seperti Dato’ Jamal Abdillah, Kris Dayanti, Pasha Ungu, Jaclyn Victor, Taufik Batisah dan juga kumpulan Dolla.
![pemenang gegar vaganza 11 tahun 2025](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/PEMENANG-GEGAR-VAGANZA-11.webp)
Seperti pada awal musim lagi, setiap peserta akan diadili 100% daripada markah juri yang terdiri daripada Dato Ramli MS, Bunda Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz. Pentas akhir kali ini memang menyengat daripada biasa.
Grand Finale Gegar Vaganza Musim ke-11 akan bersiaran pada 9 Februari 2025, hari Ahad, pukul 9.00 malam siaran langsung di Astro Ria dan secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di Sooka.
Senarai Juara Dan Pemenang Gegar Vaganza Musim Ke-11
Berikut merupakan senarai juara dan pemenang Gegar Vaganza 11 untuk tahun 2025 :
- Juara – Liza Aziz (77.89%)
- Naib Juara – Ning Baizura (71.04%)
- Tempat Ketiga – Sheila Abdull (66.61%)
- Tempat Keempat -Dadali Dyrga (66.23%)
- Tempat Kelima – Zehra Zambri (64.38%)
- Tempat Keenam -The Lime (63.42%)
Bintang manakah yang bakal bergelar juara dan pemenang Gegar Vaganza untuk musim kali ini sebaris dengan juara sebelumnya seperti Aya Illusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Hady Mirza bersama Naqiu, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.