(Spoiler) Penerangan Ringkas The Great Flood Untuk Ramai Yang Tak Faham

By aiman

Published On:

Follow Us
The Great Flood Netflix

Sekarang pastinya tengah ramai yang sedang layan atau menonton filem terbaru The Great Flood. Sebuah filem ‘bencana alam’ dari Korea Selatan terbitan Netflix. Masing-masing nak tahu best ke tidak kan?

Jika dilihat daripada nama beserta poster filem, pasti ramai yang menganggap filem ini berkisarkan tentang bencana alam atau doomsday atau filem tentang pengakhiran ‘Hari Kiamat’.

The Great Flood

Ternyata ianya tidak seperti digambarkan pada awalnya. Masih ada lagi kisah tentang banjir atau flood, tetapi sepertinya bukan tentang ‘bencana alam’ sepenuhnya. Ditambah lagi dengan jalan cerita atau plot yang memeningkan.

Jika dilihat daripada perkongsian orang ramai di laman sosial, ada yang kata hanya menonton sekerat jalan sahaja. Ada yang menonton sampai habis, tapi tak faham jalan cerita dan sebagainya. Rata-rata agak kecewa.

Jadi bagi anda yang sudah menonton tapi tidak faham sinopsis atau jalan cerita yang sebenar, anda boleh baca penerangan ringkas tentang filem The Great Flood seperti yang dikongsikan oleh nurakmanis di laman Threads.

Penerangan Ringkas Jalan Cerita Sebenar The Great Flood

Dr Gu An-na ni scientist yang ada kaitan dengan projek human emotion macam tu. Dia ada anak nama Ja-in. Ja-in ni typical budak2 umur 6 tahun dengan tantrum nya. Then satu hari rumah dorang banjir.

Banjir yang bukan biasa-biasa, sebab boleh sampai tenggelam lah apartment tu. Jadi dorang berdua ni berusahalah untuk menyelamatkan diri sampai lah ada sorang lelaki ini tolong.

Lelaki ni nama Hee-jo. Aim dia nak selamatkan An-na ni sebab dia penting untuk umat manusia. Macam tu lah dia cakap. So dorang ni meredahlah segala onak duri nak naik tingkat atas sekali sebab katanya nanti ada helikopter ambil dorang.

Ya, memang ada helikopter ambil tapi ada plot twist kat situ. An-na tak boleh bawa Ja-in sekali naik helikopter tersebut. Mak mana yang sanggup nak tinggal anak kan tapi end up terpaksa jugak.

Tapi An-na ni ada pesan something kat Ja-in before dorang berpisah. Fast forward, An-na ni naik roket tinggalkan bumi. Nak tinggalkan bumi tu pon tak senang ya tiba ada je asteroid hentam roket dorang tu.

Then tahu-tahu An-na ni terperangkap dengan situasi yang sama. Rumah banjir, then kena selamatkan diri dan anaknya. Kemudian Hee Jo datang. Untuk beberapa kali situasi itu berulang je.

Rupanya itu bukan time loop. Tapi An-na ni jadi subjek experiment. Kalau perasan first scene tshirt ana kosong (takde tulisan number) tapi makin lama nombor kat shirt tu makin banyak sampailah nombor yang ke 20k ++ An-na ni berapa kat dengan hee jo. Walau macam mana sekalipun dia kene cari Ja-in dan tak boleh tinggalkan dia.

Rupanya Ja-in bukan anak kandung An-na pon. In order untuk dapatkan emotion emak, kene ada anak dulu. Jadi An-na ni laa yang jaga Ja-in dari kecil. So emotional connection sebagai ibu dan anak pon wujud.

Dan untuk mewujudkan tamadun manusia yang baru, perlu ada ibu yang penuh dengan emotion pada anaknya. Maka An-na rela jadi subjek eksperimen.

Dengan syarat ‘spesimen An-na’ yang berjaya adalah An-na yang takkan tinggalkan anaknya. Sebab tu dorang kene mengharungi cabaran the great flood tu berkali kali. Like kalau 19 000 eksperiment fail kene repeat lagi sampailah berjaya.

Penerangan Filem The Great Flood Netflix

Bagi aku menarik sebab dia sci-fi iaitu berkaitan AI, dan bermain dengan emosi antara ibu dan anak. First few minutes tu macam pelik jugak kenapa banjir tu macam sangat tiba-tiba boleh jadi teruk plus watak hee-jo tu agak suspicious.

But then cerita ni dia ada flashback untuk explain apa kerja An-na, sejarah dengan Ja-in, dan apa mission sebenar. Every scene tu ada relation, contoh An-na ada bisik something dekat Ja-in sebelum dorang berpisah, ending baru tahu apa yg dia bisik tu.

Conclusion, untuk kemandirian seseorang di muka bumi, manusia specifically ibu perlu ada strong emotion untuk melindungi orang yang mereka sayang. And that emotion is love. Gitulah kot.

Sekarang dah faham tentang jalan cerita The Great Flood? Dah layan belum di Netflix? Apa komen anda?

Sumber : Threads @nurakmanis

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now