Perlawanan UM Damansara vs JDT bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan pada hari Sabtu ini apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam saingan Piala FA 2025.
Pertemuan ini merupakan perlawanan kedua untuk hari pertama saingan Piala FA musim ini dan berlangsung di peringkat 16 terbaik untuk pusingan pertama. Perlawanan timbal balik akan diadakan pada 12 September depan.
Perlawanan ini menjadi peluang terbaik buat UM Damansara United, pasukan dari Liga A1 Semi Pro, untuk menimba pengalaman berharga apabila menentang JDT, gergasi dari Liga Super.
Seperti yang dirancang, UM Damansara sepatutnya menjadi tuan rumah terlebih dahulu. Namun, disebabkan faktor ketidaksesuaian padang, venue terpaksa ditukar ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Situasi ini membuatkan perlawanan ini secara rasmi dikira sebagai ‘home’ buat UM Damansara United walaupun bermain di gelanggang yang menjadi kubu kuat pasukan Johor Darul Ta’zim.
Lebih menarik, pada pusingan timbal balik kedua nanti, kedua-dua pasukan tetap akan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, tetapi kali ini giliran JDT pula menjadi tuan rumah. Ini pastinya menambah warna kepada pertemuan dua pusingan ini nanti.
Prestasi Semasa Dalam Saingan Liga
Dari segi prestasi terkini, UM Damansara telah mengharungi dua perlawanan liga musim ini. Mereka mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan. Walaupun keputusan ini menunjukkan potensi pasukan, cabaran bertemu JDT sememangnya jauh lebih besar berbanding lawan-lawan mereka di liga semi pro.
Bagi JDT pula, prestasi mereka berada di tahap terbaik. Dua perlawanan pertama dalam Liga Super musim ini berakhir dengan dua kemenangan penuh, mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan dominan di Malaysia.
Harus diingat, UM Damansara pernah bertemu JDT II dalam saingan liga dan tewas dalam pertemuan tersebut. Kini, cabaran lebih besar menanti apabila mereka bakal menentang skuad utama JDT yang dibarisi pemain berpengalaman dan bertaraf antarabangsa.
Persoalannya, adakah keputusan kali ini akan mengulangi sejarah pertemuan dengan JDT II, atau UM Damansara mampu mencipta kejutan besar?
Siaran Langsung UM Damansara vs JDT
Bagi penyokong yang tidak berpeluang ke stadium, berita baiknya adalah UM Damansara vs JDT akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Perlawanan ini akan berlangsung pada 16 Ogos, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 8.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Liputan penuh siaran langsung akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (804). Bagi yang lebih gemar menonton secara dalam talian, live streaming turut tersedia menerusi aplikasi Astro Go dan platform Sooka.
Peminat pastinya teruja untuk menyaksikan adakah UM Damansara mampu mengimbangi kekuatan JDT atau sebaliknya akan berdepan cabaran sukar. Dengan faktor venue yang memihak kepada JDT walaupun perlawanan ini secara rasmi adalah ‘home’ untuk UM Damansara, ramai menjangkakan ia akan menjadi malam yang penuh ujian buat pasukan dari Liga A1 Semi Pro itu.
Mampukah UM Damansara United Untuk Menampung Serangan JDT?
Pertemuan UM Damansara vs JDT dalam Piala FA 2025 ini bukan sekadar satu lagi perlawanan piala, tetapi medan pengukur jurang antara pasukan semi pro dan juara bertahan Liga Super.
Dengan kedua-dua pasukan bakal bertemu semula pada pusingan kedua 12 September nanti, perlawanan pertama ini berpotensi menjadi penentu hala tuju siapa yang akan mara ke suku akhir. Sama ada JDT mengekalkan dominasi mereka atau UM Damansara mencipta sejarah baharu, segalanya akan terjawab pada malam 16 Ogos ini.
Bagi peminat bola sepak Malaysia, jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi UM Damansara vs JDT yang dijangka penuh drama, semangat juang, dan mungkin sekali dua detik mengejutkan yang akan dikenang dalam sejarah Piala FA.
Keputusan Perlawanan
UM Damansara vs JDT
Masa : 8.15 PM
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 2
Live Streaming : Sooka