Piala Sumbangsih 2025 : Siaran Langsung JDT vs Selangor (Live Streaming)

By aiman

Updated On:

Follow Us
piala sumbangsih 2025 jdt vs selangor

Liga Malaysia 2025/26 kini membuka tirai. Tumpuan pastinya terarah kepada perlawanan pertama Liga Super iaitu menerusi Piala Sumbangsih Sultah Haji Ahmad Shah yang mana mempertemukan JDT vs Selangor.

Musim baru, semangat baru, barisan pemain baru. Masing-masing kini telah bersedia menghadapi cabaran baru. Johor Darul Ta’zim dan Selangor kini akan beradu kembali bagi meraih kejuaraan dan membawa pulang 3 mata pertama.

JDT layak ke perlawanan Sumbangsih ini akan tiket secara juara Liga Super 2024/25. Manakala Selangor FC pula layak selaku naib juara pada musim lalu. Pertemuan ini pastinya ditunggu-tunggu.

piala sumbangsih 2025 jdt vs selangor

Siaran Langsung Piala Sumbangsih : JDT vs Selangor

Pertemuan JDT vs Selangor dalam Piala Sumbangsih ini akan berlangsung pada 8 Ogos 2025 (Jumaat), bertempat di Stadium Sultan Ibrahim dengan waktu sepak mula tepat pada pukul 9.00 malam.

Peminat bagi kedua-dua pasukan pastinya akan memenuhi setiap ruang stadium pada hari perlawanan. Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803.

Bagi yang tidak melanggan saluran berbayar ini, anda boleh saksikan perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini secara percuma menerusi saluran RTM di TV Okey serta Sukan RTM.

Untuk yang tiada akses kepada tv, anda boleh strim secara online sama menggunakan Astro atau Sooka bagi pelanggan Astro. Atau boleh strim dengan percuma menggunakan RTM Klik.

Musim Baru Yang Penuh Cabaran Untuk Saingan Liga Malaysia 2025/26

Liga Malaysia secara rasmi akan bermula pada 8 Ogos ini menerusi perlawanan Piala Sumbangsih. Kemudian diikuti dengan perlawanan minggu pertama (LS1) pada hari berikutnya iaitu Sabtu dan Ahad.

Untuk musim kali ini, sekali lagi sebanyak 13 pasukan akan menyahut cabaran bagi mengejar gelaran juara liga. Adakah JDT selaku sebagai bekas juara 24/25 dan juga kejuaraan kali ke-11 berturut-turut kali ini akan digugat oleh pasukan lain?

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (3) – (0) Selangor

  • Jairo da Silva 2′
  • Eddy Israfilov 64′
  • Arif Aiman 73′

Masa : 9.00 PM
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Astro Arena, Arena Bola, TV Okey
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Piala Sumbangsih 2025 : Siaran Langsung JDT vs Selangor (Live Streaming)”

Comments are closed.