3 Platform Yang Memberi Akses Percuma Kepada Buku Digital, Novel Dan Majalah

By aiman

Published On:

Follow Us
baca buku percuma

Berita baik untuk kaki membaca yang semakin sibuk dengan rutin harian, dimana sekarang ada banyak cara mudah untuk menikmati buku tanpa perlu berbelanja besar.

Dengan perkembangan teknologi, bahan bacaan digital seperti ebook, novel dan majalah semakin mudah diakses, malah ada platform yang menawarkannya secara percuma.

Ini bukan sahaja membantu anda menjimatkan kos, tetapi juga memudahkan sesi membaca di mana-mana sahaja, sama ada ketika menunggu, berehat di rumah atau semasa dalam perjalanan.

BACA JUGA : Download Buku Teks Sejarah Secara Online (.pdf & Digital)

Ramai orang mungkin tak sedar bahawa terdapat beberapa platform sah dan selamat yang menyediakan ribuan bahan bacaan digital berkualiti tinggi, termasuk karya tempatan dan antarabangsa.

Akses percuma seperti ini membolehkan sesiapa sahaja memperluaskan pengetahuan, mencari inspirasi atau sekadar menikmati hobi membaca tanpa perlu risau tentang keahlian berbayar.

Sama ada anda peminat novel, pembaca majalah gaya hidup, ataupun pencinta buku ilmiah, pilihan yang tersedia memang luas.

Jadi, jika anda sedang mencari sumber bacaan yang mudah, praktikal dan mesra bajet, 3 platform utama ini pasti sangat membantu untuk memulakan tabiat membaca yang lebih konsisten.

Dapatkan Akses Percuma Bahan Bacaan Dan Buku Digital

Antara 3 platform tersebut adalah seperti berikut:

  1. Scribd
  2. Perpustakaan Negara
  3. BookCapital.my

1) Scribd

scribd baca buku percuma

Scribd merupakan platform luar negara yang terkenal terutamanya dikalangan pembaca-pembaca terutamanya pelajar, pengajar dan orang ramai.

Platform ini menyediakan buku digital bersama-sama dengan audiobook untuk anda mendengar buku tersebut. Kandungannya lebih ke arah bahasa inggeris yang mana ianya daripada luar negara.

Jadi jika anda minat, majalah, songbook, dokument, buku, dan novel antarabangsa, anda boleh cuba menggunakan Scribd. Terdapat berjuta buku yang anda boleh buat pilihan

Anda boleh baca melalui aplikasi Everand di AndroidiOS dan Kindle Fire.

 2) Perpustakaan Negara

perpustakaan negara baca buku percuma

Malaysia juga ada menawakan bahan bacaan secara percuma melalui portal Perpustakaan Negara. Katanya, anda boleh akses lebih 13 juta bahan bacaan digital secara percuma. Anda duduk rumah, lebih baik baca buku kan.

Terlalu banyak bahan bacaan digital yang anda boleh akses sama ada bahasa inggeris dan bahasa melayu. Anda boleh akses buku, novel, majalah tempatan, buku audio, surat khabar tempatan, buku teks sekolah, bahan pembelajaran seperti set soalan dan banyak lagi. Novel melayu ada, majalah memasak, majalah agama dan banyak lagi.

Cara Daftar

  1. Daftar terlebih dahulu di www.u-library.gov.my sehingga selesai
  2. Kemudian pergi ke pangakalan data
  3. Disini terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dengan pelbagai platform disediakan antaranya :
    1. Kids A-Z (Raz Kids)
    2. Overdrive
    3. E-Law
    4. LawNet : Undang-undang Malaysia Di Hujung Jari Anda!
    5. Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS)
    6. Ookbee Buffet: Baca Tanpa had dan banyak lagi
  4. Admin cadangkan, untuk bahan bacaan santai daripada Karangkraf, anda pilih Ookbee Buffet: Baca Tanpa had.
  5. Ikuti setiap tatacara tebus tiket percuma bagi setiap platform yang disediakan
perpustakaan negara

Dalam Ookbee Buffet: Baca Tanpa had ini, anda boleh akses surat khabar terkini, majalah agama, lelaki, wanita, dan memasak secara percuma. Dalam ini juga, anda boleh dapatkan buku digital dan novel Melayu yang anda boleh baca terus melalui telefon bimbit anda.

  #3.  Kotak Buku (BookCapital)

bookcapital

Sabuah lagi platfom tempatan yang anda dapatkan akses bahan bacaan digital secara percuma iaitu menerusi BookCapital.

Anda boleh akses sebanyak 1852 buku digital secara percuma. Juga terdapat buku digital dalam bahasan Inggeris dan juga bahasa Melayu untuk anda baca secara digital.

Cara Daftar

  1. Layari di laman web www.bookcapital.my
  2. Daftar terlebih dahulu bagi pemula kemudian Log In
  3. Klik menu “Category” dan pilih bahagian “Free”
  4. Sedia untuk membaca

Dengan tiga platform percuma ini, aktiviti membaca jadi lebih mudah, fleksibel dan jimat. Anda boleh menikmati buku, novel dan majalah di mana sahaja tanpa kos tambahan.

Jika mahu mula membina tabiat membaca yang konsisten, inilah masa terbaik untuk memanfaatkan akses digital yang sudah tersedia.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now