Siapa yang pernah cuba daging harimau menangis pasti tahu betapa unik rasanya: lembut, berjus dan penuh aroma panggang yang memikat selera.
Hidangan popular dari Thailand ini bukan sahaja terkenal kerana nama yang menarik perhatian, tetapi juga kerana keenakan dagingnya yang diperap rapi sebelum dibakar. Lebih istimewa lagi, hidangan ini biasanya disajikan bersama sos ala Thai yang pedas, masam dan sedikit manis, cukup untuk menaikkan lagi rasa daging bakar yang sudah sedia enak.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan lihat bagaimana cara menyediakan resepi daging harimau menangis yang ringkas tetapi tetap membuka selera, lengkap dengan resipi sos ala Thai yang lazat.
Tak perlu risau kalau tak ada banyak bahan, kerana kebanyakan ramuan mudah didapati di dapur sendiri. Sama ada untuk makan malam santai bersama keluarga atau untuk jamuan istimewa, hidangan ini pasti menjadi tumpuan dan habis licin. Jom kita mula!
Apa Itu Daging Harimau Menangis?
Daging harimau menangis ialah hidangan daging bakar yang sangat popular dalam masakan Thai, khususnya di kawasan Timur Laut Thailand (Isan).
Ia menggunakan bahagian daging lembu yang mempunyai sedikit lemak dan selalunya bahagian brisket atau flank, yang diperap dengan rempah dan sos khas sebelum dibakar atau dipanggang.
Nama unik “harimau menangis” kononnya berasal daripada cerita rakyat: bahagian daging ini dikatakan begitu lazat sehingga harimau pun akan menangis jika tak dapat menikmatinya.
Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama sos jaew, iaitu sos celup ala Thai yang pedas, masam dan wangi dengan campuran limau, cili kering, bawang dan sos ikan.
Masak Menggunakan Apa-Apa Daging Mengikut Resepi Daging Harimau Menangis
Di pasaran, harga daging Harimau Menangis yang asli memang agak tinggi berbanding bahagian daging lembu yang lain.
Namun, untuk menyediakan hidangan daging Harimau Menangis di rumah, sebenarnya anda bebas menggunakan apa sahaja bahagian daging lembu asalkan dimasak hingga empuk, bersama perapan dan sos ala Thai yang dibuat dengan baik.
Kalau anda mahu merasai sendiri keistimewaan tekstur lembut daging Harimau Menangis yang sebenar, bolehlah dapatkan daging segar berkualiti ini secara online di sini.
Resepi Daging Harimau Menangis & Sos Ala Thai
Resepi ini lebih tumpukan kepada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita tengok penyediaan daging Harimau Menangis bersama-sama dengan sos ala thai.
Bahan Perapan
- 500 g (2 keping) daging (Striploin, Serloin atau Brisket)
- 4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
- 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
- 1 sudu besar kecil garam
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 4 sudu besar brown sugar.
Cara-Cara
- Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perapkan.
- Perap selama 4 hingga 5 jam
- Kemudian, daging-daging tersebut di salai diatas pan sahaja sehingga masak. Anda juga boleh bakar didalam oven atau gunakan sahaja periuk pemanggang ajaib

Cara terbaik adalah bakar dan bukan salai atas atas pan
Bahan Sos Ala Thai
- 6 ulas bawang putih ditumbuk
- 10 biji cili api ditumbuk
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan nampla
- 3 sudu brown sugar
- 1 bawang merah hiris nipis
- 2 biji cili api dihiris
- 1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika suka
- Sedikit daun ketumbar dihiris halus
Cara-Cara
Campurkan sahaja kesemua bahan ini dan siap untuk dimakan bersama dengan dagin Harimau Menangis. Siap!

Sumber : X/@bimbim











