Rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum jika korang terdengar perkataan daerah Temerloh mesti korang ingat ikan patin.
Ya betul, sememangnya di Temerloh iaitu di negeri Pahang cukup terkenal dengan ikan patin tambah lagi jika ia dijadikan makanan dan bukannya ikan semata-mata. Sudah tentu makanan terkenal adalah juadah Ikan Patin Masak Tempoyak.
Adakah sebenarnya, ikan patin ni tiada di negeri lain ke? Hanya ada di Pahang je ke? atau memang di Sungai Pahang je ikan ni muncul. Salah 1 jawapan adalah, ikan ni ada di sungai lain juga yang dasarnya adalah pasir dan katanya di Sungai Perak pun ada. Tapi mungkin tak cukup terkenal seperti di Temerloh kan.
Selain masak tempoyak, ikan patin ni sebenarnya boleh je masak lain, ada buat goreng, masak lemak, masak asam, dan sebagainya. Tapi masak tempoyak juga digilai oleh orang Malaysia ni.
Tapi jika anda di Temerloh anda nak makan mana? Ini adalah sekadar perkongsian beberapa tempat atau restoren terkenal yang sudah tentu sedap untuk cuba ikan patin masak tempoyak.
Sudah tentu di setiap tempat atau kedai ada keistimewaan tersendiri, jadi anda cuba la semua kedai.
Senarai Restoren Ikan Patin Tempoyak Terbaik Di Temerloh
Berikut merupakan antara kedai atau restoren terbaik yang menjual masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang anda boleh cuba bila datang ke Temerloh
1) Gobang Maju TOL

2) Kancil Raja Patin

3) Selera Patin Bangau

4) Claypot Patin Tempoyak

5) Gerai Makan Pak Usop

6) C’Wok Cafe Patin Tempoyak

Semua tempat ini boleh dicadangkan kerana semuanya telah dicuba. Namun, tempat yang paling menepati selera dan pilihan orang ramai ialah Kancil Raja Patin. Pilihan bergantung kepada penggemar patin tempoyak sendiri.
Cuti sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak berjalan jauh sedikit untuk menikmati hidangan.
Sebahagian tempat ini terletak betul-betul menghadap Sungai Pahang. Oleh itu, para pengunjung dialu-alukan ke Temerloh untuk menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak.
Sumber : Laziz Patin









