Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke-34 Tahun 2025

By aiman

Published On:

Follow Us
calon top 5 festival filem malaysia ke-34 2025

Festival Filem Malaysia (FFM) merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kecemerlangan filem serta bakat kreatif tempatan.

Ia menjadi platform penting menghargai usaha penggiat seni dalam memartabatkan industri perfileman negara. Sejak diperkenalkan, FFM terus menjadi acara berprestij yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Tahun 2025 menyaksikan penganjuran edisi ke-34 dengan tema menarik, “Karya Kreatif, Sinema Dinamik.” Tema ini menonjolkan semangat baharu dalam dunia sinema tempatan. Ia menggambarkan usaha berterusan penggiat industri menghasilkan karya yang segar dan berimpak tinggi.

Festival Filem Malaysia ke-34 mempertandingkan tiga kategori utama iaitu filem cereka, filem pendek dan dokumentari. Setiap kategori memberi peluang luas kepada pelbagai jenis karya seni filem tempatan. Penganjur mahu memastikan bakat dari semua segmen industri diberikan ruang yang seimbang.

Sebanyak 25 kategori dipertandingkan pada edisi kali ini. Antara kategorinya ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Setiap kategori diraikan bagi menghargai sumbangan tenaga produksi di setiap peringkat penghasilan filem.

festival filem malaysia 2025

Filem yang layak bertanding mestilah telah ditayangkan di pawagam antara 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025. Peraturan ini memastikan hanya karya yang memenuhi tempoh tayangan rasmi dipertimbangkan. Ia juga menjamin keadilan dan ketelusan dalam proses penilaian juri profesional.

Sebanyak 104 filem layak bertanding pada edisi kali ini. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Ia mencerminkan pertumbuhan positif dalam penghasilan filem tempatan yang semakin berkualiti.

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-34 akan berlangsung pada 1 November 2025, hari Sabtu. Bertempat di Auditorium Seri Angkasa yang sering menjadi venue rasmi acara berprestij.

BACA JUGA : Senarai Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2025

Acara ini akan disiarkan secara langsung pada jam 9.00 malam menerusi TV2. Penonton juga boleh menonton siaran langsung melalui platform digital RTM Klik untuk pengalaman tontonan lebih interaktif.

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia FFM Ke-34 Tahun 2025

Pada edisi kali ini, terdapat 2 kategori baru yang dipertandingkan iaitu Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik. Jadi jom tengok senarai penuh calon Top 5 Festival Filem Malaysia tahun 2025

Dokumentari Terbaik

  • Lestari Kiara Sdn. Bhd. (Jusit Rantai)
  • Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Nadi Peralihan Tenaga)
  • Feisk Sdn. Bhd. (The Tides Will Decide)
  • Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
  • Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Derita Zara)

Filem Pendek Terbaik

  • Jabatan Penjara Malaysia (Jerat)
  • Sarawak Media Group (Rhythm Of Rainforest)
  • Squiggly Lines Entertainment Sdn. Bhd. (Syurga Itu Mahal)
  • Rastech Worldwide Sdn. Bhd. (Saranghae)
  • Rockin Rhino Sdn. Bhd. (Tunggu Abah)

Poster Terbaik

  • Arst (Tegkang)
  • Aryuna Studio (Reversi)
  • Nads Media Entertainment Sdn. Bhd. (Babah)
  • Farid Zaid (Telaga Suriram)
  • Aryuna Studio (Gold)

DRekaan Kostum/Busana Terbaik

  • Nasirah Ramlan (Blood Brothers: Bara Naga)
  • Jamal Mohd (Kulit Wayang)
  • Nasirah Ramlan (Takluk: Lahad Datu)
  • Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
  • Elaine Ng (Snow In Midsummer)

Tatarias/Solekan Terbaik

  • Elaine Ng (Snow In Midsummer)
  • Malya Artwork (Mencari Ramlee)
  • Malya Ghazali (Kahar: Kapla High Council)
  • Faizul Zoulkifli (Telaga Suriram)
  • Ella Sandera (Takluk : Lahad Datu)

Lagu Tema Terbaik

  • Kudeta (Kahar : Kapla High Council)
  • Bara Jiwa (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Kita Pasti Boleh (Gold)
  • Untuk Semua Jiwa (Soloz Game Of Life)
  • Sesal (Telaga Suriram)

Skor Muzik Asal Terbaik

  • Ken Hor (Takluk : Lahad Datu)
  • Loque (Kahar : Kapla High Council)
  • (Soloz : Game Of Live)
  • Azri Yunus & Hakim Kamal (Ejen Ali The Movie 2)
  • Jackey Yow (Rerversi)

Kesan Khas Visual Terbaik

  • Chee Ang (Takluk : Lahad Datu)
  • Faiz Hanafiah & Naim Sarif (Ejen Ali The Movie 2)
  • Dazrene Irman Darus (Kahar : Kapla High Council)
  • Basecampe VFX (Reversi)
  • Jehcob & Sam (Soloz : Game Of Live)

Penataan Seni Terbaik

  • Halil Husairi (Mencari Ramlee)
  • Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
  • Nazrul Asraff Mahzan (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Nazrul Asraff Mahzan (Takluk : Lahad Datu)
  • Sam Chiang (Snow In Midsummer)

Penataan Bunyi Terbaik

  • Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz : Game Of Life)
  • Supernova Media Sdn. Bhd. (Reversi)
  • Fadhli Shafian & co (Ejen Ali The Movie 2)
  • Raja Ahmad Shaidaley (Takluk : Lahad Datu)
  • Mohdin Othman (Blood Brothers : Bara Naga)

Penyunting Terbaik

  • Razaisyam Rashid (Kahar : Kapla High Council)
  • Lee Pai Seang (Reversi)
  • Ariff Aiman Azahar & co (Soloz : Game Of Life)
  • Lee Pai Seang (Money Games)
  • Wei Hong (Takluk : Lahad Datu)

Sinematografi Terbaik

  • Hafiz Rashid (Mencari Ramlee)
  • Haris Hue (Tegkang)
  • Nevin Hiong (Kulit Wayang)
  • Nicholas Chin (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Teck Zee (Takluk : Lahad Datu)

Lakon Layar Terbaik

  • Adrian Teh & Nazifdin Nashrudin (Reversi)
  • Zulkarnain Azhar (Takluk : Lahad Datu)
  • Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz : Game Of Life)
  • Ashraf Modee Zain (Blood Brothers : Baga Naga)
  • Wan Rafiq (Babah)

Cerita Asal Terbaik

  • Jimz Lee (You Are My Son)
  • Josh Nawan (Tegkang)
  • Syafiq Yusof & Nazifdin Nasrudin (Soloz : Game Of Life)
  • Zahiril Adzim & Adrian Teh (Martabat : Misi Berdarah)
  • Nadia Nadzri (Babah)

Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik

  • Michael Chuah (Redemption)
  • Roslan Zainuddin (Laknat)
  • Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers : Baga Naga)
  • Roslan Zainuddin (Baik Punya Ah-Long)
  • Ayez Shaukat (Kahar : Kapla High Council)

Pelakon Wanita Harapan

  • Asmidar (6 Jilake)
  • Michelle Lungan (Tegkang)
  • Siti Hariesa (Misteri Fraser 1910)
  • Yise Loo (You Are My Son)
  • Cherry Cheng (Redemption)

Pelakon Lelaki Harapan

  • Koh Teng Huat (You Are My Son)
  • Fadhli Masoot (Kahar : Kapla High Council)
  • Hun Haqeem (Soloz : Game Of Life)
  • Vijay Ganesh (Mirugasirisham)
  • Amir Ahnaf (Kahar : Kapla High Council)

Pengarah Harapan

  • Shah Faizul (Babah)
  • Jimz Lee (You Are My Son)
  • Zahiril Adzim (Martabat : Misi Berdarah)
  • Megat Sharizal (Mencari Ramlee)
  • Josh Nawan (Tegkang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

  • Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
  • Jordan Kuan (Gold)
  • Liang Liang (You Are My Son)
  • Aiden Wu (Blooms Of Happiness)
  • Kis Aisha (Babah)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

  • Christina Suzanne (Babah)
  • Mimi Lana (Mencari Ramlee)
  • Vanidah Imran (Reversi)
  • Lisdawti (Soloz : Game Of Life)
  • Ellie Suriaty (Telaga Suriram)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

  • Aedy Ashraf (Kahar : Kapla High Council)
  • Shukri Yahaya (Bloog Brothers : Bara Naga)
  • Eman Manan (Takluk : Lahad Datu)
  • Syazwan Zulkifly (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Syafiq Kyle (Blood Brothers : Bara Naga)

Pelakon Wanita Terbaik

  • Nabila Huda (Telaga Suriram)
  • Sofia Jane (Mencari Ramlee)
  • Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang.. Aku Tahu Asal Usulmu)
  • Maya Karin (Telaga Suriram)
  • Sweet Qismina (Babah)

Pelakon Lelaki Terbaik

  • Beto Kusyairy (Reversi)
  • Qi Razali (Babah)
  • Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Aeril Zafrel (Laknat)
  • Tony Eusoff (Mencari Ramlee)

Pengarah Terbaik

  • Razaisyam Rashid (Kahar : Kapla High Council)
  • Dain Said (Kulit Wayang)
  • Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers : Bara Naga)
  • Zulkarnain Azhar (Takluk : Lahad Datu)
  • Syafiq Yusof (Soloz : Game Of Life)

Filem Terbaik

  • Soloz : Game Of Life
  • Takluk : Lahad Datu
  • Reversi
  • Blood Brothers : Bara Naga
  • Babah

Nantikan pengumuman pemenang bagi setiap kategori pada malam anuger Festival Filem Malaysia, FFM Ke-34 pada malam sabtu nanti.

Sumber : ffm.finas.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now