Selepas berehat seminggu daripada Kejuaraan Dunia, siri jelajah dunia BWF bersambung dan diteruskan lagi dan kini menerusi kejohanan Hong Kong Open 2025.
Li-Ning Hong Kong Open 2025 merupakan kejohanan ke-21yang mana akan berlangsung dari 9 hingga 14 September 2025 bertempat di Hong Kong Coliseum, Kowloon di Hong Kong.
BACA JUGA : Siaran Langsung & Jadual Penuh Hong Kong Open 2025
Kejohanan yang memasuki edisi ke-35 ini merupakan kategori Super 500 yang mana menawarkan mata ranking BWF beserta hadiah wang tunai berjumlah USD 500,000 atau sekitar RM2.1 juta.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Hong Kong Open 2025
Sedikit berbeza dengan tahap Super 750 dan Super 1000 dimana untuk Super 500 dan kebawah termasuk Hong Kong Open akan bermula di pusingan kelayakan bagi semua kategori.
Berikut merupakan senarai pemain-pemain negara yang layak dan mengambil bahagian dalam kejohanan badminton Hong Kong Open 2025 sepanjang minggu ini :
Perseorangan Lelaki – Leong Jun Hao, Lee Zii Jia
Perseorangan Wanita – Karupathevan Letshanaa
Beregu Lelaki – Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Mohd Azriyn/Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Junaidi Arif, Roy King Yap, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
Beregu Wanita – Go Pei Kee/Teoh Mei Xing, Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
Beregu Campuran – Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie
Selain mereka, terdapat juga beberapa pemain negara yang perlu mengharungi peringkat kelayakan terlebih dahulu. Sholeh Aidil, Cheam June Wei, Justin Hoh bersama Teh Jin Hong untuk perseorangan lelaki.
Perseorangan wanita mempunyai seorang wakil iaitu Goh Jin Wei. Choong Hon Jian/Muhammad Haikal dan Low Hang Yee/Ng Eng Cheong untuk beregu lelaki. Loo Bing Kun/Go Pei Kee untuk wakil beregu campuran.