Malam penganugerahan Festival Filem Malaysia 34 yang diadakan pada 1 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media menyaksikan detik-gemilang bagi industri perfileman tanah air.
Tema tahun ini, “Karya Kreatif, Sinema Dinamik”, menzahirkan aspirasi penggiat filem Malaysia untuk tampil dengan karya yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga berimpak global.
Malam Festival Filem Malaysia ke-24 kali ini juga turut diwarnai dengan persembahan artis yang menggamatkan suasana; Man Bai, Misha Omar, Mk K-Clique, Ziana Zain dan ramai lagi.
Pengacara majlis, iaitu gabungan mantap antara Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim, berjaya menghidupkan suasana malam dengan selingan lawak, spontaniti dan penghormatan penuh kepada para pemenang dan calon.
Tahun ini, FFM34 jelas menunjukkan perkembangan positif dalam dua arah: kreativiti yang meningkat dan penerimaan genre yang lebih pelbagai. Contohnya, filem aksi-lagak ngeri seperti Kahar: Kapla High Council juga masuk dalam kategori pencalonan utama, menandakan genre aksi semakin diiktiraf secara rasmi.
BACA JUGA : Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke-34
Begitu juga, penghargaan kepada aspek teknikal seperti sinematografi, penyuntingan dan reka busana menunjukkan bahawa bukan sahaja lakonan dan penceritaan yang diperhati, tetapi keseluruhan aspek produksi turut diangkat.
Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-34 Tahun 2025
Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 25 kategori utama yang dipertandingkan dalam FFM34 kali ini dan juga Anugerah Khas Juri.
Anugerah Khas
- Anugerah Khas Filem Box Office – Skop Productions Sdn. Bhd. (Blood Brothers : Bara Naga)
- Anugerah Khas Sepanjang Zaman – Dato’ Ahmad Tamimi Siregar
- Anugerah Khas Karyawan – Hassan Muthalib
- Anugerah Khas Juri 1 – Wau Animation Sdn. Bhd. & Primeworks Studios Sdn. Bhd. (Ejen Ali The Movie 2)
- Anugerah Khas Juri 2 – Multimedia Film Productions Sdn. Bhd. (Takluk : Lahad Datu)
Anugerah Utama
- Dokumentari Terbaik – Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)
- Filem Pendek Terbaik – Rastech Worldwide Sdn. Bhd. (Saranghae)
- Poster Terbaik – Arst (Tegkang)
- Rekaan Kostum/Busana Terbaik – Farah Syaliq (Mencari Ramlee)
- Tatarias/Solekan Terbaik – Ella Sandera (Takluk : Lahad Datu)
- Lagu Tema Terbaik – Bara Jiwa (Blood Brothers : Bara Naga)
- Skor Muzik Asal Terbaik – Muhammad Zaiff Sharqil & co (Soloz : Game Of Live)
- Kesan Khas Visual Terbaik – Jehcob & Sam (Soloz : Game Of Live)
- Penataan Seni Terbaik – Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)
- Penataan Bunyi Terbaik – Mohsin Othman & Technica Studios (Soloz : Game Of Life)
- Penyunting Terbaik – Ariff Aiman Azahar & co (Soloz : Game Of Life)
- Sinematografi Terbaik – Nicholas Chin (Blood Brothers : Bara Naga)
- Lakon Layar Terbaik – Wan Rafiq (Babah)
- Cerita Asal Terbaik – Nadia Nadzri (Babah)
- Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik – Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers : Baga Naga)
- Pelakon Wanita Harapan – Michelle Lungan (Tegkang)
- Pelakon Lelaki Harapan – Amir Ahnaf (Kahar : Kapla High Council)
- Pengarah Harapan – Shah Faizul (Babah)
- Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Puteri Rafasya (Telaga Suriram)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ellie Suriaty (Telaga Suriram)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syazwan Zulkifly & Syafiq Kyle (Blood Brothers : Bara Naga)
- Pelakon Wanita Terbaik – Sweet Qismina (Babah)
- Pelakon Lelaki Terbaik – Qi Razali (Babah)
- Pengarah Terbaik – Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers : Bara Naga)
- Filem Terbaik – Babah
Tahniah kepada semua pemenang
Sumber : kongsilah.my









