Ibu bapa bagi setiap pelajar dan murid pastinya ingin tahun takwim cuti perayaan untuk sekolah bagi tahun 2025 kali ini bagi tujuan untuk merancang aktiviti keluarga sepanjang hari cuti bagi setiap perayaan.
Cuti perayaan bukan sahaja memberi peluang untuk berehat daripada rutin harian, tetapi juga menjadi masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan keluarga dan mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Orang Islam akan menyambut Hari Aidilfitri dan Aidiladha, bangsa Cina dengan Chinese New year, bangsa India dengan perayaan Deepavali dan sebagainya. Dengan perancangan yang betul, masa cuti ini dapat dimanfaatkan dengan lebih produktif dan menyeronokkan.
Takwim Dan Senarai Cuti Perayaan Sekolah Tahun 2025
Pada tahun 2025, kebanyakkan perayaan adalah jatuh pada cuti penggal atau cuti persekolahan sendiri. Jadi tiada tambahan cuti sekolah yang diberikan untuk hari perayaan tersebut.
1. Hari Raya Aidilfitri
- Tarikh : 31 Mac – 1 April 2025
- Cuti Tambahan :
- Kumpulan A – (30 Mac, 2 April & 3 April)
- Kumpulan B – (2 April – 4 April)
2. Hari Deepavali
- Tarikh : 20 Oktober 2025 (kecuali Sarawak)
- Cuti Tambahan :
- Kumpulan A – (19 & 21 Oktober)
- Kumpulan B – (21 & 22 Oktober)
- Sarawak sahaja – (20 Oktober)
3. Perayaan Tahun Baru Cina
- Tarikh : 29 & 30 Januari 2025
- Cuti Tambahan : TIADA – Cuti perayaan jatuh dalam Cuti Akhir Persekolahan sesi 2024/2025
4. Pesta Keaamatan (Sabah dan Labuan Sahaja)
- Tarikh : 30 & 31 Mei 2025
- Cuti Tambahan : TIADA – Cuti perayaan jatuh dalam Cuti Penggal 1, sesi 2025/2026
5. Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak Sahaja)
- Tarikh : 1 & 2 Jun 2025
- Cuti Tambahan : TIADA – Cuti perayaan jatuh dalam Cuti Penggal 1, sesi 2025/2026
6. Hari Raya Aidiladha
- Tarikh : 7 Jun 2025
- Cuti Tambahan : TIADA – Cuti perayaan jatuh pada hari Sabtu dalam dalam Cuti Penggal 1, sesi 2025/2026
7. Perayaan Hari Krismas
- Tarikh : 25 Disember 2025
- Cuti Tambahan : Cuti perayaan jatuh dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
*Untuk info :
- Kumpulan A : Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Sekolah-sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
Jadi dalam tempoh ini, adalah sebaiknya semak dahulu takwim cuti hari raya dan cuti persekolahan yang dikeluarkan oleh Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membuat perancangan awal untuk sambutan perayaan.
Cuti perayaan sekolah adalah peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga, menyemarakkan semangat perayaan, dan berehat dari kesibukan akademik.
Dengan perancangan yang baik, cuti ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebaikan semua. Jangan lupa untuk menyemak semula jadual rasmi agar segala perancangan berjalan lancar.
Sumber : KPM