Siaran Langsung JDT vs Levante UD Live Streaming Pra Musim 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
jdt vs levante ud

Masih lagi dalam mood kem pramusim Harimau Selatan di Sepanyol dan kali ini bakal berlangsung pula pertemuan antara JDT vs Levante UD yang juga merupakan perlawanan keempat sepanjang tempoh ini.

Perlawanan persahabatan pra musim ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad, bersamaan dengan 13 Julai 2025. Waktu sepak mula adalah pada jam 1.00 pagi waktu tempatan.

Dalam 3 perlawanan awal, JDT setakat ini masih tidak berjaya ditewaskan. Menang terhadap Real Murcia dengan keptusan 4-0. Kemudian Costa City, juga berjaya meraih kemengan dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Pada perlawanan sebelum ini, JDT berjaya mengikat pasukan Cardiff City dengan keputusan 2-2.

BACA JUGA : JDT Berjaya Mengikat Cardiff City Dalam Jaringan Lewat Permainan

Meskipun ianya hanya perlawanan pemanas badan sebelum bermula saingan liga, anak-anak buah Xisco Munoz pastinya ingin memberi yang terbaik bagi setiap perlawanan yang dihadapi.

jdt vs levante ud

Levante UD Bukan Pasukan Yang Mudah Untuk Ditewaskan

Setakat ini, mungkin Levante UD merupakan pasukan yang terkuat bakal dihadapi oleh Johor Darul Ta’zim sepanjang kem pra musim ini. Manakan tidak, mereka baru sahaja dinobatkan sebagai juara La Liga 2 untuk musim 2024/2025.

Dengan kejayaan tersebut, Levante UD akan bermain di liga tertinggi di Sepanyol iaitu La Liga. Mereka akan berhadapan dengan pasukan seperti Barcelona, Real Madrid, Athletico Madrid, Real Betis dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi, pemain kacukan Malaysia-Sepanyol yang juga antara jeneral tengah JDT, Natxo Insa pernah bermain dengan pasukan ini pada suatu ketika dahulu. Kini beliau akan berdepan dengan pasukan lamanya dalam perlawanan ini

Ini pastinya ujian terbesar setakat ini untuk JDT. Adakah mereka mampu untuk terus cemerlang dalam tempoh pra musim ini? Atau adakah mereka akan tumbang buat kali pertama nanti?

Siaran Langsung JDT vs Levante UD (Live Streaming)

Setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan berkaitan tayangan siaran langsung antara JDT vs Levante UD. Jadi mungkin tiada tayangan di tv sama ada di Astro mahupun saluran RTM.

Anda boleh dapatkan keputusan penuh disini pada hari perlawanan. Jangan terlepas untuk dapatkan info lanjut bagi setiap perlawanan yang berkaitan pasukan JDT yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (0) – (0) Levante UD

Masa : 1.00 AM
Venue : Levante Sport Training Centre
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : JDT TV

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now