Final UEFA Nations League kembali dengan pertembungan gergasi antara Portugal vs Sepanyol, dua kuasa besar bola sepak Eropah yang memiliki sejarah kejayaan tersendiri dalam kejohanan ini.
Perlawanan penuh aksi ini bakal berlangsung di Jerman dan menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagi yang ingin menonton secara langsung, ada berita baik: anda boleh tonton live streaming secara percuma di UEFA.tv!
Tarikh, Masa & Lokasi Perlawanan
Berikut adalah butiran penting perlawanan akhir UEFA Nations League:
- Perlawanan: Portugal vs Sepanyol
- Tarikh: Isnin, 9 Jun 2025
- Masa: 3.00 pagi waktu Malaysia
- Stadium: Allianz Arena, Munich, Jerman
Portugal muncul juara sulung UEFA Nations League pada tahun 2019, menewaskan Belanda 1-0 di final. Dengan bimbingan taktikal yang mantap serta pengalaman pemain senior seperti Cristiano Ronaldo, mereka kini kembali memburu gelaran kedua.
Sepanyol pula merupakan juara bertahan, selepas memenangi edisi 2023 dengan menewaskan Croatia menerusi penentuan sepakan penalti. Dibarisi pemain muda berbakat seperti Pedri, Gavi dan Lamine Yamal, Sepanyol datang dengan misi mempertahankan kejuaraan.
Tiada Siaran di Astro atau RTM
Peminat bola sepak di Malaysia perlu ambil maklum bahawa perlawanan ini tidak akan disiarkan secara langsung di Astro mahupun RTM. Tiada siaran di saluran Astro Arena, TV1, TV Okey atau saluran sukan tempatan lain.
Tonton Secara Percuma di UEFA.tv
Siaran langsung hanya boleh ditonton secara rasmi menerusi https://www.uefa.tv/home dan ianya merupakan tontonan secara percuma.
Cara Tonton:
- Layari laman UEFA.tv melalui telefon, komputer atau Smart TV.
- Daftar akaun secara percuma (jika belum mendaftar).
- Log masuk dan klik pada siaran Portugal vs Spain – UEFA Nations League Final.
- Tonton secara langsung pada waktu sepak mula – 3:00 pagi waktu Malaysia.
UEFA.tv merupakan platform sah dan percuma untuk menonton perlawanan pilihan UEFA di seluruh dunia.
Jangkaan Aksi Final Portugal vs Sepanyol: Siapa Lebih Dominan?
Pertembungan kali ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan mempunyai motivasi besar: Portugal mahu mengulangi kejayaan 2019. Manakala Spain pula mahu kekalkan status sebagai juara bertahan.
Portugal berkelebihan dengan mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi. Selain itu, serangan yang tajam dan disiplin taktikal dan ditambah pula dengan kekuatan fizikal dan kepimpinan Cristiano Ronaldo.
Namun begitu, Sepanyol bukan juga calang-calang. Mereka memperagakan permainan pantas dan teknikal beserta ketajaman pemain muda. Tidak cukup dengan itu, pemain-pemain Spain juga mempunyai kekuatan kawalan bola dan hantaran pendek
Final UEFA Nations League antara Portugal vs Sepanyol bakal menjadi pentas penentuan juara sebenar Eropah. Walaupun tiada siaran di Astro atau RTM, anda masih boleh menyaksikan perlawanan ini secara sah dan percuma melalui live streaming di UEFA.tv.
Keputusan Perlawanan
Portugal vs Sepanyol
Masa : 3.00 pagi
Venue : Allianz Arena, Munich, Jerman
Live Streaming : UEFATV