Zaman sekarang, kalau kita baru bermula dan ingin masuk ke alam pekerjaa, pastinya antara yang paling sukar akan ditempuhi adalah ketika mencari kerja. Sesuatu yang akan dilalui di alam dewasa
Berbeza pada zaman dahulu, apabila masih peluang pekerjaan masih banyak berikutan penduduk yang tidak terlalu ramai. Sekarang kita perlu bersaing dengan lebih ramai individu yang mungkin sama taraf pendidikan dengan kita.
Disebabkan itulah, ada yang mencari kerja luar daripada bidang pengajian. Tidak mengikut standard kelayakan yang kita ada, asalkan ada pekerjaan. Bila ada pekerjaan, barulah ada pendapatan.
Jadi untuk mereka yang baru sahaja mencari kerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman tentanya. Anda boleh ikuti perkongsian daripada WN Muhaiman iaitu seorang motivator tentang tips dan nasihat bagi yang sedang mencari kerja.
Tips Bagi Yang Sedang Mencari Kerja
Saya kadang-kadang lihat orang post resume di FB untuk cari kerja. Saya tak tahu post di FB mencari kerja berkesan atau tidak. Barangkali dapat menarik owner founder company kecil yang mencari pekerja.
Tapi kalau kita berniat untuk dapat kerja dari company besar, maka GUNALAH PLATFORM YG BETUL seperti LinkedIn, Jobstreet.
Tapi lebih penting dari itu adalah RESUME YANG KALIAN TAYANGKAN. Nasihat saya begini. Sekiranya resume anda seperti dalam gambar ni, maka ketahuilah, inilah barangkali punca anda susah mendapat kerja. Adik ni dimaafkan sebab beliau student, tapi bagi mereka yang dah kerja, resume kita tak boleh macam ni. HARAM hukumnya.

1) Resume VS Biography
Resume seperti diatas, saya gelar dia BIOGRAPHY. Ianya BELUM CUKUP SIFAT UNTUK MENJADI RESUME. Biography ni macam buku sejarah, dia cerita ABOUT ME.
BACA JUGA : Cara Susun Sijil Dan Resume Dengan Betul
Resume pula lawan kepada biography. Resume fokus cerita ABOUT WHAT SKILL I HAVE dan HOW I CAN PERFORM THE JOB. Ingat pesan saya selaku orang yang duduk di meja majikan, EMPLOYER ARE NOT INTERESTED ABOUT YOU! EMPLOYER ONLY INTERESTED IN WHAT YOU BRING TO THE TABLE.
2) Skill
Skill adalah perkara pertama majikan judge dalam resume anda. Sekiranya skill anda masih letak perkara asas Word, Excel, Powerpoint, maka buanglah! Ia sama seperti saya letak skill saya makan, minum, berak. Ia bukan skill. Ia adalah KEPERLUAN ASAS (melainkan cara anda berak unik berbanding orang lain, itu betul skill)
SKILL HANYA DIKIRA sekiranya ianya ADDED VALUE YANG TAK SEMUA ORANG ADA atau SKILL SPESIFIK KEPERLUAN PEKERJAAN. Bab ni malah saya dah 10 tahun pun kadang-kadang masih struggle. Nasihat saya, FAHAMI APA SKILL PENTING dalam kerjaya anda. Tak tahu? Pergi LinkedIn, baca kat Job Description tu.
3) Work Experience
Bab ini juga penting. Majikan tak nak tahu berapa banyak delivery grab yg anda buat sekiranya anda apply untuk cari keje Engineer. Kalau ada kerja part time, boleh letak tapi sekadar senaraikan saja. Sebaliknya fokus kerja utama anda. Untuk student, fokuskan experience internship.
Keduanya, JANGAN FOKUS DAILY ROUTINE. Majikan dia suka dengar apakah ACHIEVEMENT anda, apakah AREA OF RESPONSIBILITY anda, apakah SUCCESS STORY anda.

Itu sahaja. Saya doakan kalian yang sedang mencari kerja, ALLAH BAGI KALIAN KERJAYA & GAJI HEBAT. Sharelah kepada siapa-sesiapa yang kalian rasa memerlukan dan yang sedang struggle dalam kerjaya.
Sumber : WN Muhaimin









