Apa Maksud ‘Stecu’ Yang Kini Menjadi Lagu Trending Di TikTok

By aiman

Published On:

Follow Us
apa maksud stecu stecu

Sejak beberapa bulan lalu, TikTok sekali lagi kembali dengan trend baru dan kali ini menerusi lagu “Stecu”. Kalau anda kerap buka TikTok, pasti anda akan perasan lagu ‘Stecu Stecu’ yang menjadi background music untuk VTT.

Lagu nyanyian Faris Adam ini menjadi pilihan ramai pengguna TikTok untuk berkongsi video gaya POV, challenge, video random, perkongsian gambar atau sekadar buat konten hiburan tentang ‘jual mahal’

BACA JUGA : Apa Maksud Crush?

Tapi sebenarnya apa maksud “Stecu” ni? Adakah ianya membawa maksud perkataan yang baik atau sebaliknya? Risau disalah guna pula kan. Jadi jom kita tengok apa maksud disebaliknya.

Apa Maksud ‘Stecu’?

‘Stecu’ ialah singkatan daripada “stelan cuek” atau “setelan cuek” yang berasal daripada bahasa Indonesia. Dalam bahasa mudah, ia bermaksud gaya acuh tak acuh, pura-pura tak peduli atau lebih mudah faham ‘jual mahal’.

Biasanya, seseorang yang “stecu” sebenarnya ada rasa suka, tapi sengaja tak tunjuk minat secara jelas. Seperti pasangan yang ingin bercinta dan dalam masa yang sama cuba untuk jual mahal kepada si lelaki terutamanya.

Dalam lirik lagu “Stecu Stecu”, perempuan bersikap “stecu” supaya lelaki yang suka padanya tunjuk lebih usaha, contohnya sanggup datang ke rumah jika benar-benar serius. Pendek kata, “stecu” ialah satu strategi tarik perhatian, tak terus terima, tapi juga tak tolak habis.

Kesimpulan

Daripada maksud tersebut, Stecu tidak membawa maksud apa-apa yang tidak baik. Jadi selepas ini, anda bebas sahaja untuk gunakan lagu trending di untuk dijadikan latar bunyi sama ada di TikTok atau Instagram.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now