Maksud Wadidaw Yang Sebenar, Tarian Viral di TikTok Indonesia

By aiman

Published On:

Follow Us
maksud wadidaw joget indonesia

Adakah anda pernah terdengar seseorang menyebut “wadidaw” di TikTok dan tertanya-tanya apa maksudnya? Jika ya, anda tidak keseorangan.

Isi Kandungan

Ungkapan ini semakin popular dalam kalangan pengguna internet, terutamanya di TikTok Indonesia dan kini mula menular ke Malaysia. Jom kita tengok, apa maksud wadidaw dan kenapa ia menjadi fenomena.

Maksud Wadidaw

Maksud wadidaw berasal daripada bahasa pasar atau slang masyarakat Indonesia. Ia digunakan untuk menyatakan rasa terkejut, kagum, teruja atau reaksi spontan terhadap sesuatu perkara yang luar biasa.

Jika dibandingkan dalam bahasa Melayu, ia hampir sama seperti mengatakan “Wow!”, “Amboi!”, atau “Pergh!”

Perkataan ini mula menjadi viral apabila ramai TikTokers Indonesia menggunakan wadidaw dalam video tarian. Malah, wujud trend yang dikenali sebagai “kerja joget wadidaw” di mana seseorang akan menari dengan ekspresi keterujaan selepas menerima gift TikTok seperti donut dalam live.

BACA JUGA : Harga Gift Donut Untuk Tarian Wadidaw Di TikTok

Masyarakat Indonesia pastinya lebih mengetahui maksud Wadidaw berbanding pengguna di Malaysia. Mungkin ada menganggapnya ianya kelakar, unik dan sebagainya.

Kini, ramai rakyat Malaysia turut menggunakan perkataan ini dalam nada gurauan atau kapsyen media sosial. Jadi, jika anda terlihat “wadidaw!” dalam komen atau video TikTok, anda kini sudah tahu maksud sebenar di sebalik ungkapan itu!

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment