KPM telah mengumumkan tarikh bagi cuti sekolah sempena Deepavali pada bulan November 2026. Ianya merupakan tarikh atau cuti tambahan bagi semua sekolah di Malaysia.
Deepavali merupakan antara 3 perayaan utama di Malaysia selain daripada Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Jadi disebabkan itu, biasanya akan ada cuti tambahan pada hari perayaan ini.
BACA JUGA : Senarai Cuti Umum Dalam Kalendar Malaysia 2026
Tahun 2026, Deepavali jatuh pada 8 November iaitu pada hari Ahad. Biasanya jika cuti umum jatuh pada hari minggu, ianya akan dibawa kepada hari esoknya.
Untuk negeri Kumpulan A iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, hari minggu adalah jatuh pada hari Sabtu. Manakala untuk negeri-negeri lain (Kumpulan B), hari minggu adalah jatuh pada hari Ahad.
Oleh itu, hari Deepavali tahun 2026 untuk negeri-negeri selain daripada Kelantan, Terengganu dan Kedah sahaja cutinya dibawa kepada hari berikutnya iaitu pada Isnin.
Cuti Sekolah Sempena Deepavali Dan Tambahan
Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ada cuti tambahan persekolahan iaitu sehari untuk semua sekolah di Malaysia sempena Deepavali iaitu pada 9 November 2026 (Isnin).
Disebabkan Isnin pun cuti untuk negeri Kumpulan B, maka cutinya dianjak kepada hari berikutnya iaitu 10 November 2026 (Selasa). Jadi cuti sekolah sempena Deepavali adalah seperti berikut :
- Kumpulan A – 9 November 2026 (Isnin)
- Kumpulan B – 9 dan 10 November 2026 (Isnin & Selasa)
- Negeri Sarawak Sahaja – 9 November 2026 (Isnin)

Jadi untuk sekolah dalam kumpulan A bercuti dari 6, 7, 8 dan 9 November 2026. Manakala untuk sekolah dalam kumpulan B akan bercuti dari 7, 8, 9 dan 10 November 2026. Untuk Sarawak sahaja pula dari 7, 8 dan 9 November 2026.
Sumber : KPM









