Apa Beza Cenderamata Dan Cenderahati

By aiman

Published On:

Follow Us
beza cenderamat dan cenderahati

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu. Anda tahu tak apa beza cenderamata dan cenderahati? Adakah kedua-duanya benda yang sama atau berlainan sebenarnya?

Jika dilihat secara fizikal dan sebutan, kedua-dua perkataan ini adalah berbeza. Akan tetapi pangkal sebutan adalah sama iaitu Cendera. Hanya dibezakan pada hujung perkataan sahaja iaitu mata dan hati.

Jadi persoalannya adakah cenderamat dan cenderahati ini membawa maksud yang sama dan boleh digunakan pada mana-mana ayat? Atau nampak je sama tapi maksud sebenarnya lain.

Beza Cenderamata Dan Cenderahati

Kita biasa jumpa perkataan cenderamata dan cenderahati ini bila ziarah orang sakit di hospital. Hadiah bawa balik dapada percutian. Atau ada juga digunakan bila dalam program dan pertandingan.

Jadi apa beza cenderamata dan cenderahati?

Maksud Cenderamata adalah pemberian yang bersifat kekal dan barang tersebut boleh disimpan lama sebagai kenang-kenangan. Erti kata lain, ianya boleh dilihat dengan mata fizikal dan akan bertahan lama selagi tidak rosak.

Sebagai contoh: pen, buku, piala, sijil, jam, baju, fridge magnet, keychain, frame gambar dan sebagainya. Semua benda ini adalah bersifat kekal dan akan bertahan lama selagi ianya tidak rosak.

BACA JUGA : Apa Beza Cik Dan Encik?

Manakala untuk maksud Cenderahati adalah pemberian yang bersifat tidak kekal atau ianya akan habis digunakan atau ada tarikh luput. Ianya merupakan sesuatu yang akan diingati oleh penerima kerana ianya akan habis.

Sebagai contoh: buah-buahan, makanan, duit, bunga dan sebagainya. Semua benda ini ada tarikh luput atau ianya akan habis akhirnya. Disebabkan itu, ianya akan diingati dan disimpan didalam hati.

Jadi lepas ni, kalau anda nak pergi ziaran orang sakit, anda boleh bawa cenderahati seperti buah-buahan. Manakala jika anda ingin memberi hadiah saguhati kepada pemenang pertandingan, anda boleh bagi cenderamat sebagai kenang-kenangan.

Sekarang anda dah tahu kan apa beza cenderamata dan cenderahati.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now