Gegar Vaganza Fantasia 2026 – Senarai Peserta, Juri & Tayangan Siaran Langsung Astro

By aiman

Published On:

Follow Us

Rancangan atau program hiburan realiti paling popular di Malaysia kini kembali dan kali ini lebih istimewa apabila menggunakan nama Gegar Vaganza Fantasia 2026. Namanya seperti tidak asing kan?

Ya, untuk musim ke-13, program Gegar Vaganza buat julung kalinya membawa dan menghimpunkan juara-juara daripada program Akademi Fantasia di atas satu pentas yang lebih besar. Ini pastinya satu nostalgia untuk peminat-peminat AF.

Gegar Vaganza Fantasia 2026 bakal menampilkan juara-juara daripada Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke-12 dan kali ini mereka bakal sekali lagi merebut gelaran juara di pentas Gagar Vaganza.

Juara musim kali ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Manakala untuk naib juara peroleh RM50,000. Diikuti tempat ketiga dengan nilai RM30,000 dan tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing dengan hadiah wang tunai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi setiap daripadanya

Senarai Peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026

Seperti yang diumumkan oleh pihak Astro, terdapat 9 peserta yang layak dan mengambil bahagian dalam musim terbaru kali ini. Mereka ialah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman.

peserta gegar vaganza fantasia tahun 2026

Jika daripada senarai ini, kesemua merupakan juara untuk musim masing-masing. Hanya tiada wakil untuk AF7, AF9 dan dan AF2015 dan AF2016. Adakah akan ada peserta dengan ‘Undi Masuk’ disaat-saat akhir nanti?

Barisan Juri & Pemarkahan

Untuk barisan juri tetap, GV Fantasia kali ini masih mengekalkan 3 nama besar industri tanah air dan negara sebarang iaitu menampilkan Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Kesemua juri profesional ini sekali lagi akan mengadili setiap peserta secara telus dan berintigriti. Akan tetapi kali ini keputusan mereka hanya mewakili 90% sahaja, manakala 10% lagi adalah datang daripada undian online daripada peminat.

Sebelum ini pernah digunakan dan kali ini sekali lagi ‘Jari Menjadi Juri’ dibawa kembali menerusi GVUNDI. Dalam masa yang sama juga, peserta-peserta Akademi Fantasia ini juga tidak asing dengan penjurian secara online ini.

Pengacara Program

Untuk musim terbaru ini, tidak cukup dengan duo untuk tugasan pengacara diatas pentas utama, kini dibawakan trio pula. Ini bermakna akan ada 3 pengacara yang ditugaskan untuk mengawal pentas.

Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad akan mengemudi pentas utama Gegar Vaganza Fantasia yang mana kali terakhir trio ini bergabung adalah ketiga All Star Gegar Vaganza 2023.

Siaran Langsung Gegar Vaganza Fantasia 2026

Bakal berlangsung selama 11 minggu, jadi jangan terlepas untuk saksikan Gegar Vaganza Fantasia 2026 yang akan mula bersiaran pada 8 November 2026, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Go.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming pada waktu yang sama menerusi Sooka. Boleh pergi ke https://sooka.my/ atau menggunakan aplikasi mobile.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now