Fenomena ‘KUDRAT 1968: High Council’ Gegarkan House Of Kudrat

By aiman

Published On:

Follow Us
fenomena kudrat 1968

Fenomena KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa dalam kalangan penonton apabila pengaruh siri premium Astro Original itu kini berkembang melangkaui skrin televisyen.

Bukan sekadar menjadi siri yang paling hangat diperkatakan ketika ini, KUDRAT 1968 membina budaya fandom tersendiri, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kandungan tempatan paling berpengaruh. 

Sejak diperkenalkan kepada penonton menerusi siri premium bermula 11 September lalu, KUDRAT 1968 terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff berjaya mencuri perhatian menerusi jalan cerita yang penuh konflik, persahabatan, kuasa dan pengkhianatan, disokong lakonan hebat barisan pelakon muda yang semakin mendapat tempat di hati peminat. 

Momentum tersebut turut diterjemahkan menerusi sambutan tontonan yang memberangsangkan di platform Astro dan sooka mendominasi carta top 10 kandungan tv, selain mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai siri nombor satu di Netflix Malaysia dalam tempoh dua minggu berturut-turut. 

Menerusi naratif yang mengangkat realiti tentang jurang di antara kelas dalam masyarakat, siri tersebut mencetuskan pelbagai perbualan dan perdebatan dalam kalangan penonton serta teori peminat di media sosial. Meskipun baru dua episod ditayangkan, siri tersebut telah mencapai lebih 90 juta tontonan menerusi klip-klip sosial media dalam tempoh 14 hari.

Bagi meneruskan fenomena ini, Astro membawakan House of KUDRAT, sebuah pengalaman eksklusif yang membawa dunia KUDRAT 1968 secara langsung kepada peminat.

Untuk satu hari sahaja, Astro Experience Store di IOI City Mall, Putrajaya akan bertukar menjadi House of KUDRAT, sebuah ruang yang membawa elemen siri tersebut dalam bentuk pengalaman sebenar.

house of kudrat

Lebih menarik, House of KUDRAT turut menampilkan kolaborasi strategik bersama jenama fesyen tempatan, Christy Ng, menerusi pelancaran koleksi eksklusif Christy Ng X KUDRAT 1968.

Koleksi edisi khas terhad seperti beg dan stokin yang diinspirasikan oleh KUDRAT 1968 turut diperagakan. Boleh dapatkan koleksi di store terpilih dan laman web Christy Ng sekarang.  

christy ng kudrat 1968

Lebih daripada sekadar sebuah acara, House of KUDRAT menjadi platform untuk meraikan peminat yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan siri tersebut.

Menerusi Astro Rewards, peminat berpeluang bertemu secara eksklusif dengan barisan pelakon KUDRAT 1968 termasuk Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur dan Jebat Zulfar.

pelakon kudrat 1968 astro

Saksikan KUDRAT 1968: High Council Di Astro

Terus menyaksikan KUDRAT 1968: High Council episod 3 pada 9 Oktober, episod 4 pada 16 Oktober yang akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108) setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 11 September.

Pelanggan juga boleh menonton episod lebih awal pada jam 12 tengah malam melalui Sooka atau Astro X3, penawaran baharu berasaskan penstriman tanpa memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada RM39.99*. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Manakala filem KUDRAT 1968 akan datang di pawagam tahun ini.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now