Sekarang kalau buka Threads pun dah banyak video anda boleh tengok orang share. Persoalannya macam mana cara download video Threads ni? Nanti boleh simpan dah boleh tengok bila-bila kan.
Threads kini menjadi antara media sosial yang ramai digunakan oleh pengguna Malaysia terutamanya selepas TikTok. Hari tu ada yang bagi tahu antara pengguna Threads yang paling aktif adalah datang dari Malaysia.
BACA JUGA : Cara Dowlonad Video TikTok Tanpa Watermark
Threads ni hampir sampai kepada aplikasi X (dahulunya Twitter). Disini utamanya adalah untuk perkongsian secara penulisan. Orang ramai suka update rutin harian, fun facts, gambar dan video pun dah banyak orang share.
Biasanya kalau ada video viral, mesti datang dari Threads atau mungkin ada yang kongsi semula di Threads. Jadi ianya menjadi semakin viral. Nitizen mula lah nak download dan reshare semula di laman media sosial lain.
Persoalannya macam mana cara download video Threads? Adakah Threads ada menyediakan fungsi khas untuk download seperti TikTok dan X? Atau kena download guna third-party apps?
Cara Download Video Threads Guna Telegram
Terdapat 2 cara utama anda boleh download video threads sebenarnya iaitu menggunakan laman web khas downloader atau menggunakan aplikasi Telegram. Cara paling senang sebenarnya adalah menggunakan Telegram sahaja.
BACA JUGA : Senarai Channel Dan Group Telegram Menarik Yang Anda Boleh Join
Aplikasi Telegram antara messenger paling popular di Malaysia selepas Whatsapp. Biasanya setiap pengguna internet mesti ada akaun Telegram. Sebab kat sini macam-macam boleh buat termasuklah download video Threads.
Caranya mudah sahaja, anda buka aplikasi Telegram dan pada ruang ‘Search’ cari @threads_dl_bot atau boleh KLIK DISINI. Seterusnya copy video yang anda ingin download daripada Threads dan paste dalam ruan chat bot Telegram tersebut. Kemudian download seperti biasa ke dalam phone anda. Selesai

Kini anda dah siap dapatkan video tersebut. Anda dah boleh simpan untuk koleksi atau boleh juga kongsi semula dengan followers anda di mana-mana laman sosial media anda. Jangan lupa bagi kredit tau.
Sumber : aimanstory.com









