Solat Hajat : Lafaz Niat Dan Panduan Cara Lakukan Solat

By aiman

Published On:

Follow Us
cara solat hajat

Bagi yang mereka ingin mencari cara dan panduan melakukan solat Hajat, anda boleh lihat dan baca disini.

Sebagai pengenalan, solat Sunat Hajat dilakukan apabila kita ingin memohon sesuatu hajat daripada Allah SWT. Permohonan yang dibuat pastinya ke arah kepada kebaikan atau menolak sesuatu keburukan yang mungkin berlaku.

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina” (Surah Ghaafir Ayat 60)

Kelebihan Solat Sunat Hajat

Setiap ibadah yang kita buat kerana Allah pasti ada kelebihan disebaliknya termasuklah juga solat Hajat. Apabila kita melakukan solat, pastinya kita berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.

BACA JUGA : Panduan Lengkap Dan Cara Lakukan Solat Sunat Witir

Selain itu juga, ianya memupuk sifat ikhlas menerima ketentuan Allah dan berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.

Waktu Sesuai Melakukan Solat Sunat Hajat

Solat Hajat boleh dilakukan bila-bila masa baik siang atau malam terutamanya apabila anda mempunyai sesuai hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah.

Namun lebih afdal jika dilakukan pada waktu tengah malam setelah bangun daripada tidur (boleh lakukan juga solat Sunat Tahajjud).

Cara Melakukan Solat Sunat Hajat

Niat Solat Sunat Hajat

Setelah siap berwuduk, sebelum solat, anda lafazkan niat ini

lafaz niat solat hajat

Maksud : Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaan kerana Allah Taala

Cara Lakukan Solat Hajat

Cara melakukan Solat Sunat Haja sama sahaja seperti solat sunat yang lain dan perbezaannya hanyalah pada niat. Ianya juga boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berjemaah.

  • Rakaat pertama : Anda boleh baca surah Al-Fatihah kemudian dikuti dengan surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua : Baca surah Al-Fatihah kemudian dikuti dengan surah Al-Ikhlas

Berdoa Selepas Memberi Salam

Mulai doa dengan lafaz memuji Allah dan berselawat kepada Nabi SAW. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan dan hajat masing-masing seperti memohon murah rezeki, kejayaan dalam peperiksaan, berjaya dalam perniagaan dan sebagainya. Anda boleh juga berdoa di dalam keadaan wujud selepas memberi salam.

Tiada doa khas dalam melakukan Solat Sunat Hajat. Anda boleh berdoa sendiri dan mungkin digalakkan membaca doa Nabi Yunus AS:

  • “Jika hajatnya mahu menjadi kaya, mintalah kaya yang beriman, dermawan lagi berkat”
  • “Jika mahukan zuriat, pohonlah zuriat yang soleh, sihat dan murah rezeki”
  • “Jika memohon jodoh, biarlah jodoh yang membawa kebahagian dunia dan akhirat”

Anda juga boleh berdoa di dalam sujud yang terakhir sebelum salam tetapi ianya tidak boleh dilafazkan jika berdoa dalam bahasa Melayu. Ianya boleh membatalkan solat.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now