Tidak lama lagi, kita akan memasuki tahun baru Hijrah dan menjadi kebiasaan umat Islam untuk baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun menandakan penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam.
Jika pada hujung tahun, kita biasanya menyambut Tahun Baru atau New Year, tapi umat Islam juga ada Tahun Baru nya sendiri iaitu dengan mengikut kalendar Hijrah dimana bulan pertama adalah Muharram.
Sempena Awal Muharram ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat seperti bacaan doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun. Ianya boleh dibaca pada sebelum waktu Maghrib dan selepasnya.
Tahun Baru Hijrah Di Malaysia
Untuk di Malaysia, tarikh tahun baru hijrah bagi 1 Muharram 1446H adalah jatuh pada 7 Julai 2024 iaitu pada hari Ahad. Tapi berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri adalah ketika masuk waktu maghrib.
BACA JUGA : Contoh Ucapa Tahun Baru Maal Hijrah 1446H/2024
Tema Maal Hijrah Tahun 1446H adalah “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Sambutan peringkat kebangsaan pada tahun ini dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Di Malaysia juga, pada awal Muharram ianya merupakan cuti umum untuk seluruh negeri. Tapi disebabkanya ianya jatuh pada hari Ahad, maka cuti tersebut dibawa pada Isnin, 8 Julai 2024.
Hukum Membaca Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah
Jabatan Mufti Negeri Perak setelah meneliti pelbagai pendapat, maka berpandangan bahawa kendatipun amalan seumpama ini tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat mahupun golongan Tabi‘in, namun ia merupakan amalan yang mempunyai tujuan kebaikan serta mendatangkan maslahah terhadap umat Islam.
Bagi menjelaskan pandangan ini, terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan:
الترك لا ينتج حكم
Bermaksud: “Al-Tark tidak menatijahkan hukum (sama ada makruh atau haram).”
الترك لا يقتضي تحريمه
Bermaksud: “Al-Tark tidak semestinya menunjukkan keharamannya.” Oleh itu, dapat difahami bahawa mana-mana amalan sama ada yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW atau yang tidak pernah diamalkan oleh Baginda SAW secara mutlak selama mana tiada qarinah pengharamannya, maka tidak diertikan sebagai perkara yang haram atau makruh serta termasuk dalam amalan bid‘ah yang sesat. Sekiranya sesuatu amalan itu memberikan maksud kebaikan atau manfaat yang boleh diambil oleh umat Islam, maka ia termasuk dalam nas umum al-Quran yang menggalakkan berbuat kebaikan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 77:
َوافْ َعلُوا الْ َخيْ َر لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْف ِل ُحو َن
Bermaksud: “Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Waktu Baca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah
Untuk anda yang tertanya-tanya bila sebenarnya boleh mula baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Ini jawapannya.
Doa Akhir Tahun Hijrah (1445H) boleh dibaca sebelum masa waktu Maghrib, akhir waktu Asar atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan pada 6 Julai 2024 (Sabtu).
Manakala untuk Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu). Ianya adalah berdasarkan pertukaran tarikh hijrah bermula selepas masuk waktu Maghrib.
Tapi dalam kalendar, masih 1 Muharram 1446H adalah pada 7 Julai 2024 iaitu pada hari Ahad.
Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun Hijrah
Berikut merupakan bacaan untuk doa akhir tahun dan doa awal tahun bagi Tahun 1446 Hijrah.
a. Doa Akhir Tahun
Tahun 2024, doa akhir tahun dibaca selepas solat Asar sehingga sebelum masuk waktu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1445H iaitu pada 6 Julai 2024, hari Sabtu.
b. Doa Awal Tahun
Tahun 2024, doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada hari yang sama, 6 Julai 2024, Sabtu.
Diharapkan ianya bermanfaat untuk kita semua.