Tarikh Penting Zulhijjah 2024 (Hari Raya, Waktu Doa Mustajab, Puasa Arafah)

By aiman

Published On:

Follow Us
tarikh penting zulhijjah

Kini kita telah memasuki bulan Zulhijjah iaitu pada 8 Jun 2024 (Sabtu). Dikongsikan disini tarikh-tarikh penting Zulhijjah untuk tahun 1445H/2024 terutamanya pada 10 terawal bulan ini.

Pada tahun 2024, 1 Zulhijjah 144H jatuh pada Sabtu iaitu pada 8 Jun. Zulhijjah juga biasa kita tahu adalah bulan Hari Raya Aidiladha dan juga mereka yang datang ke Mekah untuk melakukan ibadah Haji.

Tetapi pada bulan ini juga terdapat hari yang sangat istimewa dan memberi banyak kelebihan kepada umat Islam, terutamanya pada 10 hari terawal Zulhijjah. Jom kita tengok apa kelebihan, bila tarikh penting Zulhijjah dan amalan ibadah yang boleh dilakukan.

Kelebihan 10 Awal Zulhijjah

Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan pada 10 awal Zulhijjah. Apabila masuk sahaja 1 Zulhijjah dan telah bermula hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi sesiap yang melakukan amal soleh padanya.

Daripada Ibn Abbas R. Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตูŽู‘ุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ุฌูู‡ูŽุงุฏู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ุจูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽุงู„ูู‡ู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนู’ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุก

Maksudnya: โ€œTidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).โ€ Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: โ€œTidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.โ€ย [Riwayat Abu Daud (2082)]

Tarikh Penting Zulhijjah 2024

Berikut merupakan antara tarik-tarikh penting Zulhijjah untuk tahun 1445H/2024M:

8 โ€“ 15 Jun 20241 โ€“ 8 Zulhijjah 1445Perbanyakkan Amal Soleh & Puasa Sunat
16 Jun 20249 Zulhijjah 1445Puasa Hari Arafah & Doa Hari Arafah
17 Jun 202410 Zulhijjah 1445Hari Raya Aidiladha
18 โ€“ 20 Jun 202411 โ€“ 13 Zulhijjah 1445Hari-Hari Tasyrik

Waktu Doa Hari Arafah Di Malaysia

Pada awal Zulhijjah ini juga, terdapat satu waktu mustajab doa iaitu pada Hari Arafah. Jika di Malaysia, ianya jatuh pada 9 Zulhijjah 1445H atau 16 Jun 2024 iaitu pada hari Ahad.

Iklan Disini

Ianya juga merupakan Hari Wukuf bagi yang mengerjakan ibadah haji. Pada waktu ini juga, amalan terbaik adalah berdoa kepada Allah SWT yang merupakan waktu berdoa paling mustajab seperti yang disebutkan di dalam hadis

โ€œSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

โ€œู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽู‰ู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑโ€.

Tidak ada yang berhak disembah selain ALLAH YANG SATU , tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA kekuasaan dan milik-NYA segala pujian, dan DIA MAHA BERKUASA atas segala sesuatu).โ€ (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Jadi bagi kita yang tidak melakukan ibadah haji, ambil peluang pada Hari Arafah untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Ada yang kata, waktu paling mustajab berdoa pada hari Arafah tersebut adalah sama ketika jemaah haji sedang berwukuf di Arab Saudi. Ada yang mengatakan pada jam sekian-sekiang adalah waktu mustajab doa

Sebenarnya tidak ada waktu-waktu khusus yang diperkatakan kerana waktu mustajab doa adalah pada Hari Arafah. Nabi kata sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah.

Keseluruhan tarikh 9 Zulhijjah itu dikira waktu mustajab doa dan rakyat Malaysia boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh tersebut tanpa menunggu masa-masa tertentu.

Amalan Yang Digalakkan Pada Awal Zulhijjah

Berikut merupakan antara amalan yang digalakkan dilakukan pada awal Zulhijjah:

1. Berpuasa Pada Hari Arafah

Secara spesifik, tiada amalan khusus berkaitan kelebihan atau ganjaran yang bakal diperoleh bagi orang yang berpuasa pada setiap hari di dalam sepuluh hari yang pertama bulan Zulhijjah.

Akan tetapi terdapat hadis sahih daripada Nabi SAW tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah. Ini berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

ูŠููƒูŽููู‘ุฑู ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุงุถููŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ€.ย [Riwayat Muslim (1977)]

Iklan Disini

2. Perbanyakkan Tahlil, Takbir Dan Tahmid

Antara amalan yang digalakkan pada 10 hari awal Zulhijjah adalah zikir Tahlil, Takbir dan Tahmid iaitu :

  • Tahlil (laa ilaaha illallah) โ€“ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡
  • Takbir (allahu akbar) โ€“ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู
  • Tahmid (alhamdulillah) โ€“ ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู

Rasullullah SAW bersabda: โ€œTiada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amalan soleh lebih dicintai Allah berbanding 10 hari ini (10 hari awal bulan Zulhijjah). Maka perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmidโ€ โ€“ Hadis Riwayar Ahmad

2. Perbanyakkan Serta Meningkatkan Amal Soleh

Selain itu, pada awal Zulhijjah ini juga, umat Islam amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh kepada Allah. Banyakkan solat-solat sunat, berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, qiyamullai dan sebagainya.

Ini semua adalah berdasarkan umum hadis yang menceritakan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Semoga Allah menjadikan kita dikalangan hamba-hambanya yang menerima keampunan.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment