Pasti ramai yang dah tak sabar untuk saksikan wakil negara, Aina Abdul beraksi dalam Eurovision Song Contest Asia 2026. Sebuah pertandingan nyanyian antarabangsa di pentas besar di peringkat Asia.
Eurovision Song Contest Asia merupakan versi rasmi Asia kepada Eurovision Song Contest. Ianya merupakan sebuah pertandingan yang sangat popular di Eropah yang mana mereka bersaing antara negara di benua tersebut.
Jika di Eropah, tahun 2026 sudah memasuki edisi ke-70. Manakala untuk versi Asia, ini merupakan tahun pertama dan buat julung kalinya diadakan dengan melibatkan negara-negara Asia.
Eurovision Song Contest Asia 2026 menampilkan 11 negara yang mengambil bahagian. Mereka adalah daripada Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan, Nepal dan Malaysia. 11 negara, 11 lagu.
Setiap negara menghantar seorang penyanyi atau kumpulan yang mewakili negara masing-masing. Mereka akan bersaing di pentas yang sama dalam pertandingan nyanyian antara negara.
Formatnya mudah sahaja. Setiap peserta akan mempersembahkan lagu original secara langsung di atas pentas. Mereka akan diadili oleh juri profesional dan juga undian secara online daripada penonton.
BACA JUGA : Senarai Peserta Yang Mengambil Bahagian Dan Lagu Yang Dibawa Di Eurovision Song Contest Asia 2026
Untuk edisi sulung ini, Malaysia mengambil bahagian dan menjadi salah seorang peserta. Aina Abdul telah dipilih menjadi wakil Malaysia dan bakal membawakan lagu Bluest Sky yang dihasilkan oleh beliau sendiri.
Dari pentas inilah kita bakal dapat saksikan pelbagai genre muzik yang dipersembahkan daripada pelbagai negara. Pasti akan ada diselitkan unsur lagu tradisional yang unik dalam persembahan setiap peserta.

Saksikan Siaran Langsung Eurovision Song Contest Asia 2026
Bangkok Thailand telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi pertama Eurovision Song Contest Asia 2026. Jadi disinilah kita akan saksikan kesemua 11 negara Asia berentap bagi merebut gelaran juara.
Anda boleh saksikan program ini secara langsung yang akan ditayangkan di TV3 pada 14 November 2026, bermula pada pukul 9.30 malam. Selain itu, anda juga boleh strim secara online di https://www.youtube.com/@EurovisionSongContest.










1 thought on “Saksikan Siaran Langsung Eurovision Song Contest Asia 2026 Di TV3”
Comments are closed.