Sejurus selepas pengumuman pengagihan pendapatan, orang ramai pastinya ingin tahu macam mana nak semak dividen ASB yang diperoleh pada tahun ini. Bila akan diumumkan? Boleh ke semak secara online sahaja?
Setiap tahun, pihak ASNB akan mengumumkan pengagihan pendapatan atau dividen ASB pada penghujung tahun dalam bulan Disember. Kemudian, pada awal tahun iaitu 1 Januari, orang ramai pula boleh semula semak dividen ASB yang diperoleh.
Untuk tahun kewangan 2024, ASNB telah mengumumkan dividen ASB adalah 5.75% iaitu merangkumi 5.50% untuk pengagihan pendapatan dan 0.25% untuk bonus yang mana ianya dikira untuk semua unit yang anda ada.
BACA JUGA : Cara Kira Bonus ASB (Dapat Penuh Atau Unit Terhad)
Bila Dividen ASB Tahun 2024 Akan Diumumkan?
Selepas pengumuman dividen ASB dibuat pada 24 Disember 2024, pihak ASNB juga turut akan mengumumkan bila tarikh bayaran dividen akan dibuat. Bila anda boleh mula semak dan cara untuk semak dividen ASB.
Seperti yang diumumkan, pemegang unit atau mereka yang mempunyai akaun ASB, boleh mula semak dividen ASB bersama bonus bagi tahun 2024 mulai pukul 12.00 tengah hari pada 1 Januari 2025 (Rabu).
Cara Semak Dividen ASB Tahun 2024
Terdapat beberapa cara untuk anda buat semakan pengagihan pendapatan dan bonus ASB iaitu secara online atau semak dividen ASB secara manual. Pada penyata tersebut akan dipaparkan 2 butiran penting iaitu
Pengagihan Pendapatan (5.50%) dan
bonus (0.25%)
1) Semak Di Cawangan ASNB Atau Ejen ASNB
Untuk secara manual, bagi anda yang ingin semak dividen ASB untuk tahun 2024, anda boleh pergi ke cawangan ASNB yang berhampiran atau dimana-mana ejen ASNB seperti bank atau pejabat pos. Semakan boleh dibuat mulai 2 Januari 2025 (Isnin cuti new year).
Selain di kaunter, anda juga boleh semak di kiosk yang disediakan. Jadi anda tak perlu untuk beratur ambil nombor semata bagi proses semakan.
2) Semak Dividen ASB Secara Online
Untuk lebih memudahkan, sebenarnya anda boleh semak dividen ASB yang diperoleh secara online sahaja. Tak perlu keluar rumah pun. Ada beberapa cara untuk buat semakan :
a) Aplikasi myASNB
Anda boleh semak di aplikasi myASNB atau layari https://www.myasnb.com.my/. Dengan cara buka aplikasi myASNB > klik pada tab Unit Amanah > Pilih Amana Saham Bumiputera > semak pada urus niaga terkini
b) Aplikasi MAE
Sekiranya anda pengguna Maybank, anda juga boleh semak dividen ASB secara online dengan menggunakan aplikasi MAE atau di https://www.maybank2u.com.my/. Caranya buka aplikasi MAE > Accouns > Wealth > ASNB Account > Amanah Saham Bumiputera > Semak pada transaksi
c) Aplikasi Touch n Go eWallet (TnG)
Pada aplikasi TnG eWallet juga anda boleh buat semakan dividen ASB iaitu dengan cara; buka aplikasi > Grow your money > ASNB > My Funds > Semak pada transaksi
Anda boleh guna mana-mana cara yang anda rasa selesa dan mudah untuk digunakan. Pastinya buat semakan secara online lebih mudah dan pantas, tanpa perlu untuk keluar rumah pun.
Semoga membantu!
Sumber : ASNB