Pada 24 Disember yang lalu, pihak ASNB telah mengumumkan dividen ASB untuk tahun 2024 iaitu 5.75%, meliputi pengagihan pendapatan 5.50% dan bonus 0.25% bagi setiap pemegang unit Amanah Saham Bumiputera.
Rata-rata jika dilihat riaksi bagi setiap mereka yang ada menyimpan dalam ASB adalah positif. Ini kerana ianya adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya (2023 : 5.25%) dan juga yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.
Akan tetapi, timbul satu persoalan rata-rata daripada mereka dimana mempersoalkan adakah, pemegang unit akan mendapat jumlah dividen sepenuhnya iaitu 5.75 sen seunit atau bonus 0.25 sen seunit tersebut adalah terhad untuk beberapa unit sahaja.
Jika dilihat dividen ASB pada tahun 2020 adalah 4.25% dan bonus 0.75%. Akan tetapi 0.75% itu bukanlah dikira untuk semua unit tetapi hanya terhad 30,000 unit pertama sahaja. Tahun 2022 juga sama, dimana bonus 0.5% adalah terhad untuk 30,000 unit pertama sahaja dan bukan kira semua unit.
BACA JUGA : Senarai Jumlah Dividen ASB Sepanjang Tahun
Timbul lagi persoalan untuk tahun 2024 berkaitan bonus 0.25% tersebut. Adakah ianya dikira untuk semua unit atau untuk nilai terhad?
Bonus 0.25% Adalah Untuk Semua Unit
Selepas pengumuman dividen ASB tahun 2024, pihak ASNB juga telah mengeluarkan FAQ atau Soalan Lazim tentang Pengagihan Pendapatan Amanah Sabah Bumiputera (ASB). Jadi menerusi keterangan tersebut:
Pengagihan Pendapatan ASB dan Bonus ASB bagi tahun kewangan 2024 adalah seperti berikut :
- Pengagihan Pendapatan : 5.50 sen per unit
- Bonus : 0.25 sen per unit
*Jadi tiada nilai terhad untuk pengagihan pendapatan atau dividen, termasuk bonus. Oleh itu, tahun 2024, setiap pemegang unit akan dapat jumlah bersih dividen adalah 5.75 sen seunit.
Semua pemegang unit yang mempunyai baki minimum 1 unit dalam ASB pada akhir tahun kewangan 2024 layak untuk menerima bonus ASB.
Cara Kira Dividen ASB dan Bonus Tahun 2024
Dividen termasuk bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun 2024 dengan formula seperti berikut :
1) Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB – (a)
- Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan / 12 Bulan) * 5.5%
2) Pengiraan Bonus ASB – (b)
- Jumlah Baki Minimum Bulanan Selama 12 Bulan / 12 Bulan) * 0.25%
3) Jumlah Dividen ASB diperoleh Tahun 2024
- (a) + (b) = jumlah sebenar dividen ASB yang anda peroleh
Bila Dividen ASB Akan Dibayar?
Pembayaran dividen dan bonus bagi ASB ini akan dibayar atau dilaburkan semula ke dalamm akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari 2025.
Sumber : FAQ Dividen ASB 2024