Cara Semak Harga Tol LPT Secara Online Khusus Untuk Perjalanan Pantai Timur

By aiman

Published on:

semak harga tol lpt secara online

Supaya anda boleh rancang perjalanan dengan lebih tepat, disini dikongsikan cara semak harga tol LPT bagi anda yang ingin menggunakan lebuhraya untuk ke bahagian Pantai Timur di semenanjung Malaysia.

Setiap lebuhraya di Malaysia ada nama-nama yang telah diberikan. Kalau dibahagian utara dan selatan, ada lebuhraya PLUS. Ada SUKE dan DUKE dalam Lembah Klang. Ada MEX untuk perjalanan ke Putrajaya dan sebagainya.

BACA JUGA : Cara Semak Harga Tol PLUS Secara Online

Tapi untuk highway atau lebuhraya yang di Pantai Timur semenanjung ianya dinamakan LPT atau Lebuhraya Pantai Timur. Kini ianya mempunyai dua (2) bahagian dinamakan LPT1 dan LPT2 termasuk KLK. Masing-masing masih berada dalam wilayah Pantai Timur lagi.

Advertisements

Kawasan Lebuhraya Pantai Timur – KLK, LPT 1 Dan LPT 2

Sebenarnya jika disebut Lebuhraya Pantai Timur, ianya bermula daripada tol Gombak dan berakhir di tol Kuala Terengganu. Sepanjang perjalanan ini, ianya dibahagikan kepada tiga (3) iaitu Lebuhraya KL-Karak (KLK), LPT 1 dan LPT 2.

Ini adalah antara laluan utama jika anda ingin bergerak ke Pantai Timur sekiranya anda datang daripada Kuala Lumpur atau Selangor. Nak pergi Temerloh, lalu LPT. Nak pergi Bentong, lalu LPT. Nak travel ke Kuantan, kena lalu LPT. Apatah lagi ingin ke Kuala Terengganu.

Tapi untuk ke Kelantan, pastinya banyak alternatif yang anda boleh gunakan selain Lebuhraya Pantai Timur. Boleh gunakan jalan raya Gua Musang, bypass Bandar Bentong-Raub, melalui Felda Mempaga, jalan raya Sg. Koyan dan sebagainya.

Untuk info, Lebuhraya KL-Karak adalah dari Gombak ke Karak. Untuk LPT 1 pula bermula dari Karak ke Jabor sahaja. Manakala LPT 2 antara Jabor ke Kuala Terengganu. LPT3 sehingga kini masih tiada kata putus untuk sambung terus ke Kelantan.

Cara Semak Harga Tol LPT Secara Online

Jadi sekiranya anda bercadang ke Pantai Timur untuk menggunakan LPT dari Lembah Klang, anda boleh la semak harga tol LPT terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh ketahui kos perjalanan anda dengan lebih tepat.

Kaedah yang sama bagi menentukan kadar tol yang perlu dibayar oleh pengguna seperi di Lebuhraya PLUS iaitu secara “tap-in, tap-out”. Dari lokasi A ke lokasi B dan barulah akan ditentukan berapa yang anda perlu bayar.

Kini tiada lagi tanda harga dipaparkan secara bilboard di tepi jalan highway. Tidak boleh tidak, anda hanya boleh ketahui harga tol LPT secara online sahaja. Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk semak harga tol LPT seperti dibawah:

a. Cara Semak Harga Tol LPT Menggunakan Waze

Kaedah paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi sedia ada di smartphone anda. Jika anda sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat, aplikasi navigasi pasti anda sudah ada dan biasa dengannya. Antara yang anda boleh gunakan adalah aplikasi Waze.

Selain daripada penunjuk arah ke destinasi, Waze juga akan memaparkan kadar tol yang anda akan perlu bayar untuk sampai ke destinasi. Jadi kalau nak pergi ke Temeroh makan ikan patin, anda boleh semak harga tol LPT terlebih dahulu di aplikasi Waze sebelum mulakan perjalanan.

Advertisements

b. Cara Semak Harga Tol LPT Menggunakan Website ANIH Berhad

Cara semak harga tol LPT seterusnya adalah dengan menggunakan laman web atau website ANIH Berhad di http://www.anihberhad.com/. Melalui paparan toll rates, disediakan 3 lebuhraya utama iaitu KLK, LPT 1 dan LPT 2.

Anda hanya perlu pilih, plaza tol mana anda masuk dan plaza tol mana anda keluar.

Contoh : Anda dari Kuala Lumpur dan ingin bercuti di Kuantan. Jadi anda pilih plaza tol GOMBAK > Class 1 (kenderaan ringan biasa) dan klik View Rates. Kemudian pilih plaza tol BENTONG > Class 1 dan View Rates. Ini kerana untuk bergerak ke Kuantan, anda perlu lalu Gombak dan Bentong terlebih dahulu.

Kemudian barulah anda masuk plaza tol Karak. Jadi bergerak dari KARAK to KUANTAN > Class 1 > View Rates. Secara keseluruhan: Gombak > Bentong > Karak > Kuantan = RM6.00 + RM3.50 + RM19.60 = RM29.10

c. Cara Semak Harga Tol LPT Menggunakan Website Lembaga Lebuhraya Malaysia

Selain menggunakan website penyelenggara LPT, anda juga boleh menggunakan website Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi https://www.llm.gov.my/. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu cari sama ada lebuhraya KL-Karak, LPT 1 atau LPT 2.

Masukkan lokasi asal atau plaza tol yang anda masuk dan dimana plaza tol yang anda keluar. Kemudian tekan ‘Hantar’. Akan dipaparkan harga tol bagi setiap class kenderaan. Kereta, lori, bas, teksi dan sebagainya.

Diharapkan perkongsian cara semak harga tol LPT secara online ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari dan ingin menggunakannya. Jadi lepas ni, kalau nak bercuti ke Pantai Timur atau nak balik kampung masa Hari Raya, boleh la sediakan kos perjalanan dengan tepat dan senang.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Cara Semak Harga Tol LPT Secara Online Khusus Untuk Perjalanan Pantai Timur”

Leave a Comment