Nak mulakan perjalan ke utara atau ke selatan? Sebelum itu, apa kata anda semak harga tol PLUS terlebih dahulu supaya baki kad TnG anda nanti mencukupi masa nak lalu tol.
Mungkin ada antara kita jarang menggunakan lebuh raya dan travel jauh-jauh. Tapi selalu berlaku bila tiba musim cuti terutamanya masa Hari Raya.
Pada waktu inilah, akan banyak kereta berpusu-pusu melalui lebuh raya terutamnya menggunakan PLUS Highway bagi mereka yang menuju ke utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis atau ke Selatan; Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Selain jammed, antara perkara yang tak boleh elak bila menggunakan lebuh raya adalah tol. Jadi persediaan awal sebelum menggunakan lebuh raya kena topup dengan kadar yang mencukupi supaya tidak tersekat di plaza tol.
Bagi mengelakkan perkara tersebut, anda perlu terlebih dahulu semak harga tol PLUS terutamanya sebelum memulakan perjalanan. Nak tahu caranya, anda boleh dapatkan info seperti dibawah
Cara Semak Harga Tol PLUS Secara Online
Plaza Tol PLUS menggunakan kaedah ‘tap-in and top-out’ sama seperti di LPT yang mana kadar atau harga tol adalah ditentukan menerusi dimana plaza tol anda masuk dan dimana plaza tol anda keluar.
BACA JUGA : Cara Semak Harga Tol LPT Secara Online
Jika jarak antara tol masuk dan tol keluar tersebut jauh, maka kadar tol lebih tinggi. Sebaliknya jika jarak tersebut dekat, tol yang anda perlu bayar pun murah lah. Jom tengok harga tol PLUS seperti dibawah:
Cara Semak Harga Tol PLUS Menggunakan Waze
Pasti anda sudah biasa menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps, lagi-lagi jika anda tak biasa melalui jalan tersebut. Dengan adanya padu arah ini, dan tak sesat dan boleh sampai ke destinasi dengan waktu yang ditetapkan.
Untuk Google Maps, aplikasi tersebut hanya memberitahu laluan tersebut ada dikenakan tol, tetapi tidak dinyatakan kadar bayaran dan harga tol. Tetapi di aplikasi Waze ada dipaparkan harga tol.
Jika anda tetapkan destinasi; sebagai contoh anda dari Temerloh ingin ke Hospital Pulau Pinang, Waze akan beri info tentang laluan perjalanan lebuh raya, masa perjalanan bersama-sama tol yang perlu dibayar (total RM58.70).
Setiap laluan yang melalui tol akan dipaparkan kadar tol juga jika anda menggunakan aplikasi Waze. Jadi anda boleh semak dari rumah lagi sebelum mulakan perjalanan.
Cara Semak Harga Tol PLUS Menggunakan Apps PLUS
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan PLUS Apps yang boleh dimuat turun di Play Store dan App Store secara percuma.
- Buka aplikasi PLUS Apps
- Klik pada Toll Fare
- Tetapkan From (plaza tol masuk) dan To (plaza tol keluar)
- Kemudian pilih Class kenderaan anda; kereta, suv, mpv, trak, bas, lori dan sebagainya
- Akan dipaparkan kadar bayaran tol yang dikenakan
Cara Semak Harga Tol Menggunakan Website Lembaga Lebuhraya Malaysia
Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan fungsi yang disediakan di laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di https://www.llm.gov.my/.
Disana akan disediakan ‘Kalkulator Tol’ yang mana anda boleh tahu kadar tol atau harga tol yang dikenakan bukan terhad untuk PLUS sahaja, sebaliknya untuk semua lebuhraya di Malaysia.
Anda boleh semak harga tol bagi KL-Karak, LPT 1, LPT 2, MEX, AKLEH, DUKE, SUKE, BESRAYA, DASH, LDP, SKVE dan banyak lagi.
Jadi lepas ini, sebelum memulakan perjalanan untuk balik kampung, boleh la semak harga tol terutamnya tol PLUS, supaya anda boleh bajet perbelanjaan dan yang penting, tidak tersekat di plaza tol sebab tak cukup baik.