Doa hari Arafah merupakan amalan istimewa yang sangat digalakkan untuk diamalkan pada 9 Zulhijjah. Hari ini dikenali sebagai antara hari paling mustajab untuk berdoa, di mana langit terbuka luas menerima permintaan hamba-Nya.
Ia adalah masa terbaik untuk memohon keampunan, hidayah dan rahmat tanpa batas. Bagi jemaah haji, mereka akan berwukuf di Padang Arafah dengan penuh kerendahan hati, memohon segala kebaikan dunia dan akhirat. Namun bagi kita yang tidak berada di Tanah Suci, ganjaran doa pada hari Arafah tetap besar dan penuh keberkatan.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka selain hari Arafah. Maka rugilah jika hari mulia ini berlalu tanpa diisi dengan doa yang tulus ikhlas.
Tidak perlu menunggu waktu tertentu atau bahasa yang indah, kerana Allah mendengar isi hati yang paling dalam. Apa yang penting adalah keikhlasan dan kebergantungan sepenuhnya kepada-Nya.
Sama ada anda berdoa untuk diri sendiri, keluarga, rezeki, kesihatan atau keampunan dosa, manfaatkan waktu ini sebaiknya. Dalam perkongsian ini, kami senaraikan contoh-contoh doa hari Arafah yang boleh dijadikan panduan dan amalan ketika 9 Zulhijjah tiba nanti.
Hari 9 Zulhijjah Di Malaysia
Untuk anda yang berada di Malaysia, Hari Raya Aidiladha adalah jatuh pada 7 Jun 2025, hari Sabtu yang juga bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1446H.
BACA JUGA : Contoh Ucapan Sempena Hari Raya Aidiladha
Maka 9 Zulhijjah untuk tahun ini adalah jatuh pada 6 Jun, iaitu hari Jumaat. Selain puasa sunat Arafah yang sangat digalakkan bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji, perbanyakkan doa pada waktu ini.
Contoh Doa Hari Arafah Yang Anda Boleh Amalkan
Tak ada satu doa rasmi yang mesti dibaca, tetapi hari Arafah adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan doa dalam apa jua bentuk dan bahasa, dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.
Berikut merupakan antara Doa-Doa Hari Arafah ini dikongsikan oleh riyanarzl bagi memudahkan orang ramai untuk mengamalkannya. Tambahan pula ianya dalam bahasa melayu. Jadi anda boleh amalkannya ketika waktu Arafah.

1. Doa Untuk Diri Sendiri

2. Doa Untuk Ibu Ayah

3. Doa Untuk Pasangan

4. Doa Untuk Umat Islam

5. Doa Urusan Pekerjaan Dan Rezeki

Semoga perkongsian ini beri manfaat kepada kita semua dan seterusnya membanyakkan doa ketika Hari Arafah.
Sumber : riyanarzl